nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

4 daerah Johor banjir lepas hujan lebat lebih 24 jam

11 JAN : Johor kembali dilanda banjir selepas hujan lebat melanda sejak pagi semalam yang masih berlarutan sehingga hari ini.

Setakat jam 11 pagi ini, portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan 1,226 mangsa daripada 389 keluarga dipindahkan ke 20 pusat pemindahan sementara (PPS).

Ia melibatkan empat daerah iaitu Kota Tinggi, Kulai, Pontian dan Kulai.

Angka itu menunjukkan peningkatan berbanding 10 malam tadi di mana 335 mangsa banjir daripada 124 keluarga dipindahkan ke lapan PPS.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani menjangkakan angka itu akan terus meningkat akibat banjir di kawasan rendah di daerah-daerah lain susulan hujan lebat berterusan sejak 24 jam lalu.

Namun setakat ini katanya, Kota Tinggi paling terjejas dengan 13 PPS berada di daerah berkenaan.

“Penduduk di kawasan rendah dinasihatkan supaya sentiasa waspada dan patuh pada arahan pemindahan dikeluarkan pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

“Dijangkakan mangsa banjir Johor akan bertambah susulan hujan lebat masih berterusan dan tidak berhenti sejak 24 jam lalu,”katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

*Foto: Facebook Polis Daerah Kota Tinggi

Azmi yang juga Setiausaha Negeri Johor berkata lima sungai di negeri itu sudah merekodkan paras bahaya, lapan lagi pada paras amaran dan enam pada tahap waspada.

Sungai yang mencapai paras bahaya melibatkan Sungai Kahang, Kluang; Sungai Sayong, Kulai Sungai Ulu Pulai, Pontian; Sungai Skudai dan Sungai Tebrau di Johor Bahru.

Sementara sungai yang  mencapai paras amaran membabitkan Sungai Lenik, Batu Pahat; Sungai Sayong dan Sungai Pontian Besar Kulai; Sungai Tiram, Johor Bahru; Sungai Ulu Sedili Besar, Kota Tinggi selain Sungai Tenglu Besar Kecil serta Sungai Jemaluang, Mersing.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.