nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kebakaran LA: Rakyat Malaysia di AS selamat

11 JAN : Rakyat Malaysia di Amerika Syarikat (AS) disahkan dalam keadaan selamat ketika kebakaran terbesar melanda Los Angeles (LA) sejak beberapa hari lalu.

Kebakaran yang berlaku di negeri itu dilabel sebagai bencana terburuk dalam beberapa dekad.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hassan dilaporkan berkata Wisma Putra melalui Kedutaan Malaysia di Washington DC dan Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles memantau situasi itu.

“Alhamdulillah, tiada rakyat Malaysia yang terbabit dalam bencana kebakaran di sana (Los Angeles). Konsul Malaysia di Los Angeles sentiasa memantau keadaan dan memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia di kawasan terjejas.

“Menurut laporan terkini keadaan di California pada 10 Januari 2025, ada kemajuan dalam usaha mengawal kebakaran utama apabila angin mula berkurangan.

“Namun begitu, kebakaran baru yang dinamakan sebagai ‘Archer Fire’ tercetus di Granada Hills. Perintah pemindahan mandatori dikeluarkan, tetapi kemudiannya ditarik balik menjelang tengah hari,” katanya, lapor BH.

Kata Mohamad, berdasar kepada laporan diterimanya setakat ini, lebih 9,000 struktur musnah dan sekurang-kurangnya 180,000 penduduk masih berada di bawah arahan berpindah.

Katanya, laporan itu menyebut kerugian ekonomi dan kerosakan dianggarkan antara AS$52 bilion (kira-kira RM233.9 bilion) hingga AS$57 bilion (kira-kira RM256.4 bilion).

“Sebagai sebahagian daripada usaha proaktif, Konsul Jeneral Malaysia dan Pengarah Pendidikan Malaysia sudah bertemu dengan beberapa pelajar Universiti California Los Angeles (UCLA) untuk memantau kesejahteraan mereka dan memastikan keselamatan mereka pada masa ini.

“Konsulat kita di Los Angeles tidak menerima sebarang laporan atau permintaan bantuan daripada rakyat Malaysia yang terjejas akibat kebakaran. Namun, kami akan terus memantau keadaan dengan teliti dan bersedia untuk memberikan sokongan jika diperlukan.

“Kami memahami kebimbangan rakyat Malaysia di tanah air terhadap ahli keluarga atau kenalan di AS. Justeru, kami akan terus mengemas kini perkembangan terkini situasi ini dari semasa ke semasa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru rakyat Malaysia di kawasan terjejas agar mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan dan menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia dengan kadar segera sekiranya memerlukan bantuan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.