nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kod QR MyBorderPass diperluas ke semua lapangan terbang

11 JAN : Sistem kod respons pantas (QR) MyBorderPass yang diperkenalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan diperluaskan ke seluruh lapangan terbang di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata pelaksanaan itu akan dijalankan secara berperingkat dengan mengutamakan lapangan terbang antarabangsa seperti Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching dan Langkawi.

“Pelaksanaan sistem ini akan dilakukan dalam tempoh yang munasabah kerana keputusan untuk memulakan sistem tersebut di sesebuah lapangan terbang mestilah berpandukan data.

“Jadi kita tengok lapangan terbang antarabangsa mana yang mencatatkan pelancong yang tinggi, di situlah kita bagi keutamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Sesi Tinjauan Gate Kod QR MyBorderPass dan Sistem Smart Q di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata pelaksanaan sistem QR itu di lapangan terbang lain bukan hal yang sukar memandangkan sebelum ini KDN menjalankan proof-of-concept (POC) tiga aplikasi iaitu MyTrip, MyRENTAS dan MyBorderPass bagi urusan imigresen rakyat Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor untuk perjalanan keluar masuk ke Singapura.

“Jika kita lihat kronologinya, imigresen sudah mula dengan POC di KBSI dan KSAB. Ia sudah dijalankan, jadi kita ambil aplikasi yang sama dan kita mulakan di sini,” katanya.

*Foto: Facebook Saifuddin Nasution Ismail

Dalam pada itu, Saifuddin berkata sistem itu turut akan diperluaskan kepada perwakilan ASEAN terutama yang hadir bagi menghadiri 400 mesyuarat berkaitan.

Katanya, selaku Pengerusi ASEAN tahun inI ia menjadi tanggungjawab Jabatan Imigresen memastikan proses keluar masuk lancar di pintu masuk utama negara.

Selain itu, katanya ia turut diperluas kepada pengembara ASEAN bagi proses keluar dari Malaysia.

“Untuk proses masuk, mereka guna sistem biasa tetapi proses keluar kita benarkan mereka guna laluan untuk kod QR.

“Tahun depan negara akan menerima jumlah pelancong yang besar jadi kita akan fokus kepada ASEAN dahulu sebelum Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

“Seperti kita tahu, pelancong besar yang datang ke negara kita adalah Singapura dan Thailand manakala luar ASEAN adalah China dan India, kita akan mengutamakan negara yang berisiko rendah untuk menggunakan sistem ini,” katanya.

Saifudin memaklumkan sejumlah 400,000 rakyat Malaysia dengan purata harian sebanyak 10,000 pengguna sudah memuat naik aplikasi MyBorderPass sejak ia dilancarkan 1 Januari lalu.

Beliau berkata pihaknya mengambil maklum keluhan rakyat Malaysia yang perlu beratur panjang di kaunter manual dan autogate apabila ia turut dibuka kepada pelancong negara luar.

“Sebelum ini, kaunter manual dan autogate tersedia untuk pengembara dari 63 negara luar dan ia menimbulkan keluhan dari rakyat Malaysia yang perlu beratur panjang bersama pelancong negara lain.

“Oleh itu, sistem autogate berasaskan kod QR buat masa ini dibuka khas untuk rakyat Malaysia. Pengguna hanya perlu log masuk dan terus dapat kod QR dan sistem membenarkan pelepasan dalam masa 60 saat tapi ambil masa secara purata 4 saat untuk pintu dibuka, ini betul-betul ‘game changer‘,” katanya.

Saifuddin berkata berdasarkan pemantauannya hari ini, sistem tersebut mencapai sasaran buat masa ini.

Menurutnya, inisiatif yang dibangun dengan kos RM19.2 juta itu dijamin selamat yang menjadi tanggungjawab KDN.

Terdahulu, kerajaan melancarkan tempoh percubaan penggunaan kod QR khusus untuk rakyat Malaysia bagi melancarkan sistem pelepasan imigresen khusus di 40 lorong khas di KLIA Terminal 1 (T1) dan KLIA T2.

Antara kelebihan penggunaan kod QR ialah tempoh pelepasan imigresen hanya mengambil masa singkat iaitu antara lima hingga tujuh saat berbanding 15 hingga 25 saat menggunakan pintu automatik konvensional.

*OLEH : AISYAH BADRUL

Get real time updates directly on you device, subscribe now.