nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Bantuan SARA disalur ke MyKad mulai esok

14 JAN : Kerajaan akan mula menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mulai esok melalui kad pengenalan atau MyKad secara bulanan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata SARA merupakan pendekatan bantuan bersasar di mana sebahagian pertambahan hasil negara serta penjimatan perberlanjaan subsidi diagihkan semula bagi membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

“Penyaluran SARA melalui MyKad juga bersasar kerana mekanisme tersebut memastikan golongan miskin menerima manfaat dalam bentuk barangan asas termasuk makanan asas.

“Menjunjung prinsip kesaksamaan dan nilai manusiawi yang menghidupkan kerangka Ekonomi MADANI, penyusunan semula kewangan kerajaan ini memastikan hasilnya dapat memanfaatkan rakyat terbanyak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Kerajaan MADANI sentiasa komited menggunakan teknologi digital mutakhir bagi memastikan penyaluran bantuan dilakukan dengan kaedah yang mudah difahami dan digunakan oleh rakyat.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan sama memaklumkan bantuan SARA juga diperluas ke Sabah dan Sarawak berbanding hanya ke Semenanjung, tahun lalu.

Ia disalurkan melalui MyKad bagi memastikan golongan miskin menerima manfaat untuk membeli barangan keperluan asas.

Selain itu, kadar bantuan SARA ditingkatkan dengan isi rumah miskin dan miskin tegar dalam rekod eKasih bakal menerima RM2,100 untuk tahun 2025, berbanding RM1,200 pada tahun 2024.

Bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan akan dikreditkan ke dalam MyKad bagi Januari hingga Mac 2025 dan mulai April 2025, kadar bantuan itu akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan.

MoF berkata, mekanisme yang seragam ini merupakan penambahbaikan daripada tahun lalu, berbanding penyaluran bantuan secara tunai dua kali setahun kepada penerima SARA yang bermastautin di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Dalam pada itu, penambahbaikan SARA merangkumi sebahagian daripada peningkatan peruntukan Belanjawan 2025 bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA ke tahap tertinggi dalam sejarah iaitu RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun lalu.

Selain itu, 5.4 juta penerima STR turut akan menerima bantuan tambahan SARA mulai April 2025 yang terdiri daripada 700,000 penerima SARA sedia ada dan 4.7 juta penerima STR sedia ada yang tiada dalam rekod eKasih.

Bagi kategori isi rumah, tambahan sumbangan SARA adalah sebanyak RM100 sebulan manakala warga emas tiada pasangan akan menerima sumbangan tambahan SARA sebanyak RM50 sebulan.

Di bawah program SARA, penerima boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar yang kini berjumlah lebih 1,200 di seluruh negara, berbanding 700 pada tahun 2024.

“Penerima SARA boleh menggunakan kredit yang disalurkan untuk membeli barang keperluan asas terpilih di bawah kategori barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan, selain daripada barang makanan asas,” kata MoF.

Penerima juga dinasihatkan hati-hati dengan sebarang pautan tidak sahih ketika merujuk maklumat berkaitan bantuan ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.