nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Jemaah umrah kandas, MOTAC siasat syarikat pelancongan

15 JAN : Sebuah syarikat pelancongan berlesen sedang disiasat selepas gagal menerbangkan jemaah umrah ke tanah suci, semalam.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam satu kenyataan berkata syarikat terbabit disaran menyelesaikan tempahan jemaah yang sudah membuat bayaran penuh mengikut jadual penerbangan dipersetujui.

Pada masa sama, syarikat itu juga perlu memulangkan wang jemaah yang membatalkan pakej umrah diambil.

“Buat masa ini, syarikat telah dinasihati agar tidak mengambil tempahan daripada jemaah umrah baharu sehingga menyelesaikan semua tempahan yang terdahulu,” kata kementerian itu.

Terdahulu, media melaporkan seramai 379 jemaah gagal terbang ke Tanah Suci selepas syarikat itu gagal menyediakan tiket penerbangan, visa dan kemudahan penginapan.

Ini melibatkan jemaah dari Semenanjung Malaysia selain jemaah yang tiba dari Korea Selatan, Brunei dan Singapura.

Dilaporkan, hanya 20 daripada 379 jemaah yang terkandas itu sudah menerima pemulangan wang sejak semalam.

Dalam pada itu, MOTAC menasihati mana-mana jemaah yang terbabit boleh membuat laporan polis serta aduan rasmi kepada pihak MOTAC melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), MOTAC di pautan https://motac.spab.gov.my untuk membantu siasatan dan membuat tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.

Menurut MOTAC, isu-isu yang timbul seperti kegagalan menerbangkan jemaah mengikut perancangan asal dan kegagalan memulangkan wang apabila berlaku perubahan akan menjejaskan industri ketika MOTAC sedang berusaha sedaya upaya memajukannya.

“Ini bukan sahaja akan mencemarkan imej industri tetapi juga membawa kepada kehilangan keyakinan dalam kalangan jemaah untuk memilih syarikat pelancongan berlesen tempatan untuk menunaikan umrah,” kata MOTAC.

Sementara itu, polis mengesahkan pengarah urusan syarikat itu ditahan petang tadi bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata polis turut merampas dokumen berkaitan ketika serbuan di pejabat urusan syarikat itu di Sepang, petang tadi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.