16 JAN : Amerika Syarikat (AS) meluluskan pengharaman import teknologi dari China dan Rusia melibatkan kereta dengan ciri pintar.
Bermakna semua perkakasan dan perisian kereta yang dibangun dan dikilangkan di dua negara ini dilarang daripada dibawa masuk ke negara itu.
Ini termasuk sistem sambungan kenderaan (VCS) – modul bluetooth, selular, satelit dan WiFi serta sistem pemanduan automatik (ADS) yang menjadi ciri standard pada kereta di pasaran.
Pentadbiran Joe Biden memutuskan perkara itu pada hari-hari terakhir Presiden itu di Rumah Putih di mana sekatan perisian itu dikuat kuasa untuk model tahun 2027 dan sekatan perkakasan berkuat kuasa bagi model tahun 2030.
Dalam pada itu, kenderaan buatan AS juga termasuk dalam larangan ini jika menggunakan perkakasan dan perisian dari dua negara tersebut.
Selain kereta, larangan ini juga akan dikenakan untuk kenderaan komersil seperti trak dan bas yang melebihi 4,500 kilogram.