nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pemuda UMNO gesa tangguh pelaksanaan sistem syif WBB

16 JAN : Pemuda UMNO menggesa kerajaan menangguh pelaksanaan sistem waktu bekerja berlainan (WBB) yang bakal dikuat kuasa kepada pekerja penjagaan kesihatan awam.

Ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh melahirkan kebimbangan lebih ramai pegawai perubatan akan meninggalkan hospital kerajaan jika WBB dilaksanakan.

Katanya, sistem itu menetapkan doktor perlu bekerja selama 18 jam bermula jam 3 petang hingga jam 9 pagi pada keesokannya dengan tiada elaun ‘on call’.

“Maksudnya ada 18 jam (waktu bekerja) dan ia tidak dikira ‘on call’, bermakna perlu kerja sebagai waktu bekerja biasa.

“Saya nak tanya siapalah yang buat ini? Tahu tak yang jam 3 (petang) sampai 9 pagi…18 jam kerja. Kerja tengah malam ini tak sama macam kita yang kerja daripada jam 8 pagi ke 5 petang..

“Yang dapat elaun ‘on call’ hanya bekerja pada pada cuti umum dan hujung minggu sahaja,” katanya dalam satu klip video di Facebook, hari ini.

Menurutnya, pekerjaan lain yang melebihi 8 jam diberikan bayaran lebih masa (OT) namun doktor di negara ini tidak menerima bayaran itu.

“Kalau kerja guard sekali pun yang kerja 12 jam…8 jam hakiki dan 4 jam itu dikira OT. Ini doktor kita tak ada langsung elaunnya.

“Macam mana kita nak hargai doktor? Sudahlah doktor tak ramai.. buat macam ini lagi ramailah doktor kita keluar, esok,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memohon Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bertindak dalam perkara itu.

“Menteri, saya mohon ambil tindakan. Tengok siapa yang pandai-pandai buat perkara ini (WBB) tanpa pengetahuan menteri.

“Jadi macam mana ni? Celaru betul kita ni.. kita mintalah sistem ini ditangguhkan dahulu,” katanya.

Terdahulu, Dr Dzulkefly dilaporkan berkata sistem baharu untuk pekerja penjagaan kesihatan awam itu masih di peringkat cadangan dan belum diluluskan olehnya untuk dilaksanakan.

Dalam pada itu, Akmal yang juga Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka menunjukkan dokumen bertajuk Pelaksanaan WBB Fasa Pertama bertarikh 10 Januari yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kandungan surat itu menyebut WBB diluluskan untuk projek Fasa Pertama oleh Ketua Setiausaha KKM pada 3 Januari lalu di beberapa jabatan di hospital terpilih.

Dalam sistem syif baharu ini, tiada elaun ‘on-call’ pada hari bekerja dan syif malam akan dianggap sebagai waktu kerja biasa dalam tempoh 45 jam seminggu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.