nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

ASEAN 2025: Malaysia mahu hidupkan semula ASEAN Plus 3, EAS

17 JAN : Malaysia akan menggiatkan semula mekanisme utama seperti ASEAN Plus 3 dan Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) yang kurang dimanfaatkan dalam menyatukan perbezaan.

Sebagai pengerusi ASEAN pada 2025, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata EAS adalah satu-satunya forum serantau yang dikhususkan untuk isu strategik dan keselamatan di rantau itu.

Katanya, ia diterajui pemimpin negara yang masing-masing saling bersaing namun dapat bersidang dalam suasana yang neutral.

“Daripada terperangkap dalam pertikaian kuasa-kuasa besar, kami lebih suka bekerjasama dengan negara anggota dan rakan dialog yang berfikiran sama untuk mencari jalan bagaimana mekanisme sedemikian dapat memenuhi aspirasinya,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan syarahan di London School of Economics (LSE), bertajuk ‘The Adaptive Edge:Malaysia’s Global Strategy in an Uncertain Era’ yang dihadiri kira-kira 500 pelajar, hari ini.

Turut hadir, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Presiden dan Naib Canselor LSE, Profesor Larry Kramer dan Presiden Persatuan Alumni Malaysia LSE (LSEASM), Datuk Azman Shah Mohd Yusof.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Mengulas lanjut, Anwar berkata perkara itu antara pendekatan pertama Malaysia untuk terus memupuk pertumbuhan bersama, mengukuhkan kerjasama serantau dan mengekalkan keterbukaan dalam perdagangan dan pembangunan.

“Ini akan membabitkan usaha menggalakkan pendekatan inklusif dan mampan bagi mencapai keamanan dan keselamatan di rantau terdekat, dan melangkaui darinya,” katanya.

Selain itu, langkah kedua Malaysia akan meneruskan pendekatan terbuka dan pragmatiknya yang bertunjangkan kepada prinsip saling menghormati dan menjaga kepentingan bersama apabila membabitkan Amerika Syarikat (AS) dan juga China.

Katanya, meski ada tanggapan Malaysia cenderung ke arah China, namun hakikatnya AS terus menjadi sumber terbesar pelaburan langsung asing di Malaysia terutamanya dalam sektor teknologi.

“China sebaliknya menjadi rakan dagang terbesar kami sejak 2009, menandakan 16 tahun hubungan perdagangan yang berkembang pesat yang telah menjadi penyumbang penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia,” katanya.

Katanya, tindakan mengekalkan hubungan baik dengan dua kuasa besar itu bukan semata-mata tentang pragmatisme ekonomi namun ia satu kemestian strategik untuk menjaga kepentingan negara dalam dunia yang semakin tidak menentu.

“Dengan pembabitan yang seimbang dan membina dengan kedua-duanya (AS dan China), Malaysia dapat memastikan asas ekonomi yang pelbagai, mengurangkan pergantungan berlebihan, dan mengukuhkan kedudukan sebagai ekonomi yang berdaya tahan, terbuka dan berdaya saing,” katanya.

Seterusnya Anwar berkata bagi langkah ketiga, Malaysia akan memastikan kedudukannya sebagai pusat perdagangan, kewangan dan teknologi yang kompetitif serta mampu bertahan daripada perubahan yang berlaku.

Pada akhirnya nanti kata Anwar, ia bergantung kepada negara itu sendiri terutama negara membangun untuk menyedari cabaran struktur lebih meluas yang dihadapinya.

Tambahnya, negara akan berkembang maju apabila ia melaksanakan pendekatan secara bertanggungjawab dan inklusif serta memupuk institusi yang mengekal dan menggalakkan kepercayaan awam.

Sempena lawatan itu, Anwar juga merasmikan Auditorium Malaysia di LSE yang berkapasiti 460 orang di Centre Building, LSE dan siap dibina pada Jun 2019 dengan sumbangan Persatuan Alumni Malaysia.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.