17 JAN : Kabinet keselamatan Israel hari ini dilaporkan menerima perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui dengan Hamas.
Pejabat Perdana Menteri Israel berkata keputusan itu dicapai selepas membuat penelitin terhadap semua aspek politik, keselamatan dan kemanusiaan.
Malah Kabinet Israel juga setuju cadangan gencatan senjata itu mencapai matlamat perang mereka.
Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata Kabinet Israel dijangka akan membawa perjanjian itu ke mesyuarat untuk pengesahan akhir.
Terdahulu, Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Jassim Al Thani mengumumkan perjanjian gencatan senjata berjaya dicapai untuk 42 hari bagi fasa pertama bermula Ahad ini.
Melalui perjanjian itu, Israel dan Hamas akan membebaskan tawanan masing-masing.