18 JAN : LinkedIn menjadi platform terbaharu dikesan perlu memohon Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan (ASP) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata platform rangkaian profesional itu mempunyai lebih 8 juta pengguna.
Menurut Fahmi, MCMC sudah berhubung dengan penyedia platform itu, Microsoft.
“Ada pertambahan platform media sosial yang akandilesenkan iaitu LinkedIn.
“Maklumat yang kita peroleh menyatakan LindkedIn juga mempunyai pengguna melebihi lapan juta dan kita sudah mula berhubung dengan Microsoft yang memiliki LindkedIn,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Program Rintis Future Health for All (FH4A) di ibu negara, hari ini.
Menurut Fahmi, hanya tiga paltform yang sudah menerima lesen ASP iaitu WeChat, TikTok dan Telegram.
“Proses masih berjalan terhadap beberapa platform iaitu Google yang mengendalikan Youtube dan Meta Platforms Inc sudah di peringkat akhir.
“Setakat ini hanya WeChat, TikTok dan Telegram yang menerima lesen,” katanya.
Ogos tahun lalu, MCMC memaklumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet yang ketika ini mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Syarikat induk platform media sosial TikTok, ByteDance dan Tencent bagi WeChat menjadi penyedia perkhidmatan pertama diberikan lesen bagi membolehkan mereka beroperasi di negara ini.