nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

JKOM lebih tegas tangani berita palsu, fitnah

18 JAN : Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan lebih tegas dalam menghadapi lambakan fitnah dan berita palsu yang berpotensi merosakkan imej Kerajaan MADANI.

Ketua Pengarah JKOM yang baharu, Datuk Ismail Yusop berkata jabatannya perlu memastikan fakta yang benar sampai kepada rakyat.

“Cabaran terbesar yang kita hadapi hari ini adalah lambakan fitnah dan berita palsu yang boleh merosakkan imej Kerajaan MADANI serta menidakkan segala usaha murni yang telah dan sedang dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.

“Berita palsu tidak boleh dijadikan norma dalam masyarakat kita. Ia bukan sahaja menjejaskan keharmonian, malah boleh melumpuhkan usaha Kerajaan untuk memacu negara ke arah kemakmuran bersama.

“Sudah tiba masanya kita bersikap lebih tegas dan proaktif dalam menangani cabaran ini. JKOM akan mengambil langkah konstruktif untuk memastikan fakta yang benar sampai kepada rakyat, sekali gus memperkukuh keyakinan terhadap Kerajaan MADANI,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di Facebook pada Jumaat sebaik dilantik menggalas tanggungjawab memimpin jabatan itu.

Pelantikan beliau bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut selepas penamatan tugas Dr Mohd Khairuddin Othman pada September 2024.

Mengulas lanjut, Ismail berkata JKOM bertekad menjadi jambatan untuk menghubungkan kerajaan dan rakyat.

“Sebagai agensi sosiopolitik dalam komunikasi kerajaan, JKOM bertekad untuk menjadi jambatan yang menghubungkan kerajaan dan rakyat. Bersama-sama, kita bina masa depan yang lebih cerah, makmur dan harmoni untuk semua.

“Dalam usaha menyampaikan agenda Kerajaan Madani, JKOM tidak boleh bergerak sendirian. Sebaliknya, kerjasama erat dengan agensi-agensi kerajaan yang lain amat diperlukan untuk memastikan rakyat memahami dan merasai impak setiap inisiatif yang dilaksanakan

“Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dan sedang melakukan perkara yang tepat dalam aspek tadbir urus, ekonomi rakyat serta keadilan sosial. Banyak inisiatif yang sudah diperkenalkan memberi manfaat langsung kepada rakyat, dan ini perlu diangkat serta disampaikan secara lebih jelas,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.