20 JAN : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga, Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain disahkan meninggal dunia malam tadi selepas menerima rawatan akibat serangan jantung.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun jam pada jam 11.20 malam tadi di Hospital Pakar KPJ Kota Kinabalu.
Laporan Awani menyebut pembantu Menteri Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah itu sebelum ini dimasukkan ke wad hospital itu akibat serangan jantung.
Perkhabaran duka itu dimaklumkan pegawai khasnya, Azizul Nasry.
Kata Azizul berkata, jenazah Mohamad Hamsan di bawa balik ke rumahnya di Taman Kong Lok, Sandakan untuk urusan pengebumian.
Jenazah kemudiannya akan dibawa ke Masjid Pangiran Batu 7 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bintang Baru Rancangan Sungai Manila sebelum waktu zohor hari ini.
“Sahabat handai boleh menziarahi Allahyarham buat kali terakhir di Masjid Pangiran Batu 7.
“Semoga roh Allahyarham sentiasa dalam hidayat, diangkat darjatnya, dimuliakan dan seterusnya ditempatkan bersama-sama para solihin serta orang-orang yang beriman,” katanya.
Terdahulu tular berita kematian Allahyarham di status aplikasi media sosial pada Sabtu namun dinafikan pegawai khasnya itu.