nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hentikan polemik titah adendum

20 JAN : Kerajaan meminta semua pihak agar menghentikan polemik berkait titah adendum.

 Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata isu tersebut tidak sepatutnya dibangkitkan kembali selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penjelasan menyeluruh, baru-baru ini.

“Berpandukan kepada penjelasan yang dibuat oleh Perdana Menteri semasa di Pulau Pinang lalu, saya rasa beliau (Tengku Razaleigh) tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu.

“Kami (kerajaan) tidak pernah sorok, tidak pernah lihat (titah). Perdana menteri tidak pernah terima dan beliau sudah jelaskan dokumen tersebut berada di Istana Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Ihsan Komuniti Madani di Kampung Baru Nelayan di Tumpat, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan terkini Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang mahu Anwar bertanggungjawab atas dakwaan menyembunyikan titah tambahan itu.

Fahmi berkata veteran UMNO itu sepatutnya memahami penjelasan yang diberikan Anwar berkait isu tersebut.

“Saya rasa kalau Yang Mulia (Tengku Razaleigh) dengar penjelasan yang dibuat dua minggu lalu dan penjelasan perdana menteri, beliau (Tengku Razaleigh) tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu,” katanya.

Tengku Razaleigh mendakwa tindakan Anwar menyebunyikan kewujudan titah itu secara tidak langsung menghalang proses keadilan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Titah tambahan itu bagi membolehkan Najib menjalani baki hukumannya sebagai tahanan rumah.

Terdahulu, ketika menjelaskan berkait isu itu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata titah adendum daripada Yang di-Pertuan Agong ke-16 dikembalikan ke Istana Negara selepas pertukaran Agong, Januari tahun lalu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.