nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Rakyat Malaysia di luar negara perlu ada hak mengundi

20 JAN : Setiap rakyat Malaysia perlu memiliki hak sama dalam mengundi bagi memilih pemimpin pada pilihan raya termasuk bagi mereka yang tinggal di luar negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau menyentuh soal undi pos yang sudah menjadi amalan kerajaan untuk mereka yang tidak dapat pulang ke Malaysia untuk membuang undi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“SPR sebuah badan bebas namun saya telah membangkitkan perkara ini kepada mereka. Mereka perlu memberi peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk mengundi.

“Malah, saya beritahu untuk jangan lakukannya menerusi kedutaan (proses pengundian). Gunakan beberapa mekanisme supaya orang ramai boleh datang dan mengundi, walaupun ini bermakna ia akan menyebabkan pertambahan dana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama kira-kira 200 diaspora Malaysia di Brussels, semalam.

Anwar tiba di Belgium semalam untuk lawatan kerja dua hari selepas menamatkan lawatan di United Kingdom.

Kata Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, entiti bebas tersebut sudah menerima cadangan dikemukakannya itu.

Dalam sesi sama, Anwar ditanya tentang usaha Kerajaan MADANI terhadap teknologi hijau dan penghutanan Menteri Kewangan itu berkata ia merupakan antara agenda utama pentadbiran beliau.

“Eropah sudah memusnahkan semua hutan (jadi) jangan beritahu kami supaya belajar daripada mereka.

“Hutan kita kini berada pada 54 peratus sekarang, malah paru-paru hijau kita bertambah Tahun lepas kita tanam sejuta pokok sebagai sebahagian daripada kempen penghutanan kita,” katanya.

Selain itu katanya, Malaysia dan rakan kongsi ASEAN menumpu kepada grid ASEAN yang bukan sahaja menjana kuasa hidro namun juga daripada tenaga solar dan tenaga boleh diperbaharui yang lain.

“Kita ada 140,000 pelajar asing di universiti kita. Saya telah banyak melawat banyak negara membangun dan pemimpin mereka mahu menghantar pelajar dan pegawai mereka untuk belajar daripada kita, dalam bidang seperti semi konduktor,” kata Anwar.

Terdahulu, Anwar bersama delegasi Malaysia selamat tiba di Brussels untuk lawatan kerja sulungnya selama dua hari ke Belgium.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.