nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Penganjur himpunan dinasihat teliti Akta Perhimpunan Aman

21 JAN : Penganjur himpunan Sabtu ini diingatkan agar mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penganjur perlu meneliti kembali peruntukan di bawah akta itu termasuk tanggungjawab pihak yang terlibat.

“Saya gesa pihak penganjur cuba teliti balik (Akta Perhimpunan Aman) dan apakah perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab peserta, penganjur perhimpunan dan polis,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau reruai pada Sidang Kemuncak dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025, hari ini.

Menurut Saifuddin Nasution, selagi peraturan yang ditetapkan dipatuhi, adalah menjadi tugas polis untuk memudah cara sebarang perhimpunan yang dianjur.

Terdahulu, dilaporkan satu perhimpunan bertemakan ‘Rakyat Benci Rasuah’ dijadual berlangsung pada 25 Januari di ibu negara.

Acara itu diadakan susulan perhimpunan Ambang Tahun Baru yang diadakan di Sabah baru-baru ini, yang dianjurkan pelajar untuk membantah ahli politik negeri yang didakwa terlibat dalam skandal rasuah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman mengesahkan notis pemberitahuan berhubung penganjuran himpunan yang diterima tidak lengkap.

Menurut Sulizmie, notis itu tsidak disertakan dokumen persetujuan daripada pemilik atau penghuni lokasi perhimpunan seperti yang dikehendaki di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Pada Jumaat lalu, respons terhadap notis tersebut diberikan kepada pihak penganjur supaya memenuhi peruntukan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau menasihati orang awam agar tidak menyertai himpunan itu dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.