24 JAN : Keputusan perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu untuk menamatkan kewarganegaraan kelahiran automatik disekat Hakim Persekutuan pada Khamis.
Hakim John Coughenour dalam perintah sekatan sementara itu berkata perintah Donald Trump itu sebagai tidak berperlembagaan.
Terdahulu beliau membenarkan permohonan Peguam Negara Washington, Nick Brown, bersama tiga negeri lain untuk menghentikan pelaksanaan dasar itu selama 14 hari sementara perbicaraan undang-undang diteruskan.
“Saya telah menjadi hakim selama lebih empat dekad. Saya tidak ingat pernah ada kes di mana persoalan yang diajukan sebegitu jelas.
“Di mana peguam ketika keputusan untuk menandatangani perintah eksekutif ini dibuat?,” kata Coughenour, lapor Agensi.
Tegasnya, beliau tidak dapat memahami bagaimana ahli undang-undang boleh mengatakan perintah Trump itu mengikut Perlembagaan.
Terdahulu, negeri-negeri ditadbir Demokrat menyifatkan perintah eksekutif Trump itu jelas melanggar Pindaan Ke-14 Perlembagaan yang menjamin kewarganegaraan kepada semua kanak-kanak yang dilahirkan di tanah AS.
Peguam Washington, Lane Polozola kanak-kanak yang dinafikan kewarganegaraan hanya akan menghadapi kesan negatif yang besar dalam jangka panjang.
Selain itu, Washington dan negeri lain juga mendakwa penamatan kewarganegaraan kelahiran automatik itu bakal membebankan program negeri secara kewangan dan logistik kerana kanak-kanak akan kehilangan manfaat sebagai warganegara.