nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pengerusi ASEAN: Kementerian Komunikasi salur maklumat tepat kepada rakyat

24 JAN : Kementerian Komunikasi mengambil tanggungjawab untuk menyalur maklumat dan menjelaskan kepada rakyat tentang sumbangan negara dalam pelbagai bidang sempena kepengerusian ASEAN 2025.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata kementeriannya melalui agensi-agensi media akan menyalurkan sebarang maklumat yang dicapai dalam mesyuarat mahupun persidangan ASEAN itu kepada rakyat.

“Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Jabatan Penyiaran akan memainkan peranan untuk menjadi penyelaras media rasmi dan juga penyiar rasmi untuk ASEAN.

“Bagi agensi-agensi yang lain, mereka ditugaskan untuk membantu memahamkan, menjelaskan kepada rakyat tentang pencapaian, hasil dan juga isu-isu yang dibangkit, dibincangkan dan diputuskan melalui pelbagai mesyuarat dan pertemuan serta sidang kemuncak ASEAN nanti,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Kerja Hala Tuju Strategik Kementerian Komunikasi 2025, hari ini.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin dilapor berkata sebanyak 29 program dirangka untuk pelbagai lapisan masyarakat, termasuk komuniti luar bandar, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), belia, wanita, orang kurang upaya, warga emas dan kanak-kanak bagi memastikan golongan tersebut turut mendapat manfaat daripada kepengerusian ASEAN.

Katanya, inisiatif tersebut selaras dengan matlamat kepengerusian ASEAN yang mahu memberi manfaat kepada rakyat selain ia merupakan agenda nasional yang memerlukan penglibatan seluruh Malaysia dan masyarakat.

Kepengerusian ASEAN bermula dengan penganjuran Pemukiman Menteri Luar ASEAN yang pertama di Langkawi 19 Januari lalu melibatkan 200 delegasi.

Di bawah tema ‘Keterangkuman dan Kemampanan’, Malaysia menjadi tuan rumah kepada lebih 300 mesyuarat, program dan sidang kemuncak berkaitan ASEAN sepanjang tahun ini.

Dalam pada itu, menyentuh soal mesyuarat dihadirinya itu, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata kementeriannya menekankan cabaran dihadapi industri kreatif dalam merangka persiapan menghadapi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Jelasnya, perlu ada reformasi kepada institusi teribat bagi mendepani arus perubahan.

“Jadi ada beberapa perkara yang saya minta diberi penekanan termasuk mungkin perlu ada penstrukturan, perlu ada reformasi kepada institusi sebab kita lihat beberapa industri seperti perfileman ataupun ekonomi kreatif, ia cepat berubah.

“Organisasi perlu bersedia untuk menghadapi perubahan-perubahan seperti ini dengan memanfaatkan teknologi (seperti) kecerdasan buatan (AI) dan sebagainya,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.