nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia memimpin, saatnya ASEAN bersinar

27 JAN : Setelah sedekad berlalu, Malaysia kembali memimpin ASEAN tahun ini di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bersedia dengan pelbagai misi dan matlamat bagi memastikan rantau ini sentiasa terkedepan.

Mesej beliau begitu jelas iaitu ASEAN mesti bangkit dan memanfaatkan kelebihan demografi, memupuk inovasi dan menjuarai pertumbuhan yang mampan.

Menurut Pengerusi Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Prof Datuk Dr Mohd Faiz Abdullah, Malaysia berhasrat untuk membuka potensi perdagangan ASEAN yang masih belum diteroka sebelum ini.

“Dengan meningkatkan kesalinghubungan melalui infrastruktur, selaraskan peraturan dan mudahkan prosedur kastam, Malaysia berhasrat untuk membuka potensi besar perdagangan ASEAN antara wilayah yang belum diteroka sebelum ini.

“Ini mewakili sebahagian kecil daripada keseluruhan aktiviti ekonomi blok itu. Langkah ini akan menyokong perindustrian kecil dan sederhana (PKS), memupuk inovasi dan membina rantaian bekalan berdaya tahan bagi memperkukuh lagi ekonomi ASEAN serta meningkatkan peranannya dalam ekonomi global,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Mohd Faiz berkata kepimpinan Malaysia bakal menumpu kepada penglibatan konstruktif dengan kuasa dunia sambil menjaga kebebasan dan menggalakkan kestabilan ASEAN

“Pendekatan Malaysia terhadap kestabilan serantau dipandu strategi yang baik dan mudah suai berdasarkan peraturan serta norma antarabangsa, kerjasama juga keterangkuman.

“Peranan mekanisme utama ASEAN seperti Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) dan ASEAN Campur Tiga (APT) akan menjadi penting dalam menekankan pendekatan ini, di samping rakan dialog yang berfikiran serupa,” katanya.

Mohd Faiz berkata, ASEAN dijangka menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030 yang didorong oleh pembandaran, perindustrian, kemajuan teknologi dan golongan belia.

Katanya, dengan memanfaatkan perkembangan ekonomi susulan peningkatan populasi ini, Malaysia akan memperjuangkan dasar pelaburan dalam modal insan, mengurangkan kemiskinan dan memastikan akses saksama kepada penjagaan kesihatan dan pendidikan yang berkualiti.

Sementara mengulas tentang peralihan tenaga, Mohd Faiz berkata Malaysia mensasarkan untuk mempercepat integrasi tenaga boleh diperbaharui dan membina infrastruktur tenaga yang berdaya tahan melalui inisiatif  strategik Grid Kuasa ASEAN (APG) dan Pelan Tindakan Asean untuk Kerjasama Tenaga (APAEC).

“Bagaimanapun seperti ditegaskan Perdana Menteri di Davos, peralihan tenaga mestilah saksama. Bagi ASEAN, rantau yang mempunyai pergantungan yang ketara kepada minyak dan gas, peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui mesti mengimbangi matlamat alam sekitar dengan realiti sosio-ekonomi negara membangun.

“Malaysia akan terus mendapatkan sokongan global untuk pembiayaan iklim, pelaburan hijau dan pemindahan teknologi untuk mencapai peralihan yang adil dan saksama ini,” katanya.

Dari segi teknologi, Mohd Faiz berkata transformasi digital bukan lagi sekadar pilihan sebaliknya ia suatu kemestian dan Pengerusi ASEAN Malaysia mengutamakan kecerdasan buatan (AI), rantaian blok dan analisis data besar (BDA) untuk memacu inovasi dan kestabilan ekonomi.

“Inisiatif seperti Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA) bertujuan untuk meletakkan ASEAN sebagai blok digital yang kompetitif dan bersepadu.

“Malaysia juga merancang untuk mewujudkan Rangkaian Keselamatan AI ASEAN (ASEAN AI Safe), mempamer kepimpinan dalam memastikan pembangunan AI yang bertanggungjawab. Dengan merapatkan jurang dan meningkatkan infrastruktur digital, Malaysia berusaha untuk mewujudkan masyarakat inklusif digital yang memupuk pertumbuhan dan inovasi,” katanya.

*OLEH : NUR EISYA

Get real time updates directly on you device, subscribe now.