AS larang remaja tukar jantina
29 JAN : Amerika Syarikat (AS) akan mengehadkan pertukaran jantina bagi remaja bawah 19 tahun di bawah pentadiran Donald Trump.
Presiden AS itu yang kembali ke Rumah Putih menandatangani perintah eksekutif itu bagi mengehadkan prosedur pertukaran jantina.
Ia sejajar dengan ucapan pada majlis pelantikannya pada 20 Januari lalu yang menegaskan pemerintahannya hanya mengiktiraf dua jantina iaitu lelaki dan perempuan.
Perintah eksekutif itu menyebut profesional perubatan sedang mencederakan dan mensterilkan sejumlah kanak-kanak yang mudah terpengaruh di seluruh negara itu.
Katanya, trend disifatkan berbahaya itu akan menjadi noda dalam sejarah negara itu dan mesti dihentikan.
Dasar AS kini tidak akan membiaya menaja, mempromosikan, membantu atau menyokong ‘pertukaran’ jantina kanak-kanak ke jantina yang lain.
“Ini meliputi apa yang dipanggil mutilasi kimia dan pembedahan termasuk blok hormon, hormon serta pembedahan penukaran jantina,” kata perintah Trump itu, lapor AFP.
Kata Trump, kerajaannya akan menguatkuasakan dengan tegas semua undang-undang yang mengharamkan atau mengehadkan prosedur merosakkan dan mengubah norma kehidupan itu.
Trump turut mengarahkan kerajaan menghentikan sokongan terhadap prosedur itu ini termasuk melarang pembiayaan pertukaran jantina di bawah program insurans kesihatan Medicaid untuk orang miskin dan insurans kesihatan Jabatan Pertahanan AS bagi kira-kira 2 juta kanak-kanak.