nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Banjir di Sarawak makin memburuk, 5,385 berlindung di PPS

30 JAN : Keadaan banjir di Sarawak semakin memburuk dengan angka mangsa yang terjejas terus meningkat secara mendadak kepada 5,385 orang setakat jam 8 pagi ini.

Ia melibatkan 1,505 keluarga yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS).

Angka itu naik hampir sekali ganda berbanding hanya 2,981 mangsa daripada 862 keluarga yang dipindahkan, semalam.

Keadaan makin teruk susulan hujan lebat yang berlanjutan serta fenomena air pasang besar telah menyebabkan banjir teruk dengan banyak rumah, kereta serta jalan dilaporkan ditenggelami air.

Sementara itu dua PPS dibuka bagi menempatkan 176 mangsa kebakaran di Sibu (71 orang) dan mangsa tanah runtuh di Miri (105 orang).

Secara keseluruhan, 14 daerah direkodkan terjejas bencana di Sarawak pagi ini dengan 47 PPS aktif.

Laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Sarawak merekodkan daerah Bintulu paling ramai terjejas dengan 1,481 orang mangsa banjir daripada 396 keluarga ditempatkan di enam PPS.

Sementara di daerah Serian, seramai 1,442 mangsa daripada 446 keluarga berlindung di 15 PPS.

Dalam pada itu, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg  mengarahkan JPBN Sarawak terus memantau situasi banjir dan tanah runtuh yang menjejaskan rakyatnya.

Beliau turut mengarahkan Timbalannya, Datuk Amar Douglas Uggah yang juga Pengerusi JPBN negeri mengambil langkah awal dalam menangani bencana itu.

“Bencana ini telah menyebabkan ramai kehilangan tempat tinggal, kawasan industri turut terjejas dan terdapat kejadian tanah runtuh yang mengorbankan nyawa.

“Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri kini berada di Miri dan Bintulu untuk meninjau serta memantau keadaan semasa. Bagi pihak kerajaan, kita bersimpati dengan kehilangan nyawa di Miri dan berharap kawasan lain berwaspada,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan waspada sehingga 31 Januari ini.

*Foto : Facebook APM

Get real time updates directly on you device, subscribe now.