nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

RUU tahanan rumah dibentang di Parlimen hujung tahun ini

30 JAN : Kementerian Dalam Negeri (KDN) dijangka membentang Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkait tahanan rumah di Dewan Rakyat, hujung tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan KDN masih dalam fasa perbincangan dengan Jabatan Peguam Negara berkait RUU itu.

“KDN sedang dalam proses untuk pinda Akta Penjara 1995. Kelulusan Kabinet dari segi dasar sudah diperoleh.

“Ketika ini KDN sedang berbincang dengan Jabatan Peguam Negara untuk gubal. Kita menjangkakan mungkin (dibentangkan) pada sesi Parlimen, hujung tahun ini.

“Ini memandangkan buat masa ini belum ada undang-undang yang membolehkan tahanan rumah dijalankan, yang ada sekarang, perintah pembebasan berlesen, perintah kehadiran wajib atau parol,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Analisis Madani, ‘Malaysia Aman: Kedaulatan dan Keselamatan’ disiarkan secara langsung di TV Al Hijrah, malam ini.

Dalam pada itu Saifuddin berkata, pada peringkat awal ini, pihaknya mensasarkan tahanan di rumah itu dibenarkan kepada individu yang berada dalam tahanan reman yang kini mencecah 20,000 seluruh negara.

Namun ia tidak termasuk bagi kes yang berat seperti jenayah rogol atau bunuh.

“Buat permulaan, kita sasarkan mereka yang ditahan reman dalam penjara bukannya mereka yang sudah disabitkan hukuman.

“Jumlah (dalam tahanan reman) di penjara ketika ini sekitar 29,000 orang termasuk 8,000 hingga 9,000 penghuni penjara (yang direman) atas kes berat seperti rogol atau bunuh.

“Namun, bagi kes berat, mereka ini kita ketepikan. Jadi baki (tahanan reman) sekitar 20,000 orang yang disasarkan untuk tahanan rumah yang kalau mereka disabitkan hukuman, tuduhan atas mereka membabitkan penjara kurang tiga tahun,” katanya.

Usaha ini katanya bagi mengurangkan kadar kesesakan di penjara seluruh negara yang ketika ini dihuni lebih 87,000 orang.

Pada Oktober 2023, Saifuddin dilaporkan berkata 13 penjara di negara ini sudah melebihi kapasiti.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.