Kebakaran besar di California padam sepenuhnya lepas 24 hari
1 FEB : Setelah 24 hari, kebakaran luar biasa yang berlaku di Palisades dan Eaton, Selatan California akhirnya berjaya dikawal sepenuhnya.
Kejadian yang tercetus 7 Januari itu diburukkan dengan kemarau melampau dan angin kencang.
Agensi Anadolu (AA) yang memetik media tempatan pada Jumaat melaporkan kebakaran itu memusnahkan ribuan hektar tanah.
Dalam kejadian itu, 29 orang terkorban dalam kejadian itu dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California (Cal Fire) memaklumkan kebakaran di Palisades itu memusnahkan 9,489 hektar tanah dengan 6,837 struktur musnah dan lebih 1,000 lagi rosak.
Manakala kebakaran Eaton menjejaskan 5,674.1 hektar, termasuk hampir 1,618.7 hektar kawasan bandar yang memusnahkan 9,418 struktur termasuk bangunan bersejarah di Altadena.
Sebelum ini, kebakaran besar luar biasa yang berlaku dilaporkan menyebabkan banyak rumah hangus terbakar dan penduduk di kawasan terjejas diarah berpindah.
Kebakaran Palisades bermula di Pacific Palisades kawasan timur Malibu sebelum ia merebak sementara kebakaran Eaton bermula di bukit Hutan Negara Angeles sebelum merebak ke Altadena.
Dilaporkan hujan lebat beberapa hari lalu setelah berbulan tiada hujan membantu pasukan bomba mengawal kebakaran itu.
*Foto: Facebook Palisade Fire Department