nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

BBC seru ahli Parlimen junjung integriti Dewan Rakyat

3 FEB : Semua ahli Parlimen di negara ini tanpa mengira latar belakang politik diseru menjunjung integriti Dewan Rakyat.

Kelab Penyokong Kerajaan Madani (BBC) berkata kepentingan negara melebihi segala-galanya.

“Seiring dengan visi Seri Paduka Baginda (Yang di-Pertuan Agong), kami menyeru semua ahli Parlimen, tanpa mengira latar politik untuk bersama-sama menjunjung integriti Parlimen, mengangkat perbahasan yang berasaskan fakta, serta mengutamakan kepentingan negara melebihi segala-galanya.

“Marilah kita bekerjasama untuk memperkukuh institusi demokrasi dan membina Malaysia yang lebih progresif, inklusif dan bersatu padu,” kata BBC dalam satu kenyataan, hari ini.

Sultan Ibrahim ketika menyampaikan titah sempena Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas di Parlimen, hari ini mengingatkan ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara untuk menjadi benteng perpaduan negara bukannya agen perpecahan rakyat.

Baginda menegaskan Parlimen adalah tempat undang-undang digubal bukannya tempat untuk bertegang urat.

Dalam pada itu, BBC berkata pihaknya menjunjung dan menyokong sepenuhnya titah tersebut agar ahli Parlimen mengelak daripada mempolitikkan setiap isu demi kepentingan parti.

“Sebagai wakil rakyat, tanggungjawab utama kami adalah memastikan perbahasan di Parlimen kekal konstruktif, berasaskan data, serta tertumpu kepada kemajuan negara, bukan naratif politik yang memecahbelahkan,” kata kenyataan itu lagi.

*Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Menurut BBC lagi, pihaknya memainkan peranan penting dalam memastikan semak dan imbang dalam kerajaan bagi menjamin dasar yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

“Ini termasuk menyuarakan kebimbangan, memberikan maklum balas, dan mengkritik dasar kerajaan secara membina apabila perlu. Namun, seperti yang dititahkan oleh Seri Paduka Baginda, tanggungjawab ini harus dilaksanakan dengan penuh tertib, berpandukan fakta serta kepentingan negara, bukan retorik politik semata-mata.

“Dalam usaha membina budaya Parlimen yang lebih matang dan bertanggungjawab, BBC terus proaktif dalam memperkukuh kualiti perbincangan serta keterlibatan ahli Parlimen,” katanya.

*Foto utama : Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Get real time updates directly on you device, subscribe now.