nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

AS mahu ambil alih Gaza, Anwar akan teliti dulu sebelum ulas

5 FEB : Malaysia berpendirian sama seperti negara Islam lain berkait situasi semasa di Gaza, Palestin.

Susulan kenyataan terkini Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tentang Gaza, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan meneliti terlebih dahulu sebelum mengulasnya.

“Kita sedang teliti, kita teliti kenyataan dulu kemudian kita akan ulas.

“Gaza yang penting, pendirian Malaysia kekal seperti mana negara-negara Islam lain…yang lain kita akan ulas kemudian,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Buku Malik Bennabi Reader dan International Institute of Future Studies di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak, hari ini.

Terdahulu, Trump menyatakan AS akan mengambil alih Gaza untuk dibangunkan dan mengosongkan wilayah itu dengan memindahkan rakyatnya ke negara jiran.

Perkara itu disuarakannya pada sidang media bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Washington.

Sementara itu, Anwar berkata majlis hari ini bukan hanya satu pencapaian akademik namun juga satu langkah penting dalam memperkukuh pemikiran kritis dan penyegaran serta pembaharuan intelektual di Malaysia.

“Pemikiran Bennabi yang menelusuri serta mendalami persoalan penjajahan, kebangkitan umat dan budaya peradaban, terus relevan dalam usaha kita membina sebuah masyarakat yang bebas, bermaruah, dan berketerampilan.

“Bennabi memahami bahawa penjajahan bukan sekadar penindasan fizikal, tetapi juga suatu keadaan yang berpunca daripada kelemahan dalaman masyarakat yang dijajah,” katanya melalui hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Anwar berkata melalui penubuhan IIFS, adanya peluang untuk mewujud dan merangka masa depan yang lebih bermakna berlandaskan ketajaman pemikiran, kefahaman sejarah yang mendalam dan keberanian untuk mencabar status quo.

“Institusi ini bukan sekadar ruang akademik tetapi juga medan untuk membentuk pemimpin, pemikir dan pembuat dasar yang akan melonjak Malaysia ke arah sebuah peradaban yang lebih adil dan sejahtera.

“Justeru, hari ini kita bukan sekadar meraikan peluncuran sebuah buku atau institusi baharu tetapi kita sedang menanam benih perubahan dan bertanggungjawab terhadap masa depan yang didambakan.

“Dengan berpaksikan semangat yang madani dan inspirasi daripada pemikiran Bennabi, kita mesti bergerak ke hadapan dengan keyakinan bahawa dunia yang lebih adil dan bermaruah bukan utopia, tetapi sebuah kemungkinan yang boleh dijelmakan demi maslahat umat,” katanya.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.