nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Helikopter terbakar di Pahang, seorang kru maut

6 FEB : Sebuah helikopter terbakar ketika mendarat berhampiran Kolam Air Panas, Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong, Pahang jam 10.26 pagi tadi.

Kejadian itu mengorbankan seorang kru darat warga Indonesia berusia 27 tahun sementara juruterbangnya dilaporkan selamat dibantu orang awam.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mengesahkan kejadian itu berkata kemalangan itu melibatkan helikopter jenis Bell 206L4 dengan nombor pendaftaran PK-ZUV.

“Helikopter yang disewa dan dikendalikan MHS Aviation Berhad itu sedang menjalankan penerbangan kerja keudaraan.

“Informasi terakhir yang diterima daripada pihak operator pada jam 10.18 pagi kepada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan (FIS) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) melaporkan bahawa helikopter akan mendarat di tapak pendaratan,” kata CAAM dalam satu kenyataan, hari ini.

Helikopter itu dilapor sedang melakukan kerja-kerja keudaraan yang difahamkan sedang mengangkat underslung bagi tujuan pemasangan kabel projek Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Gerakan Operasi Kebombaan Kebangsaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam satu kenyataan memaklumkan dua individu berada dalam helikopter tersebut.

Helikopter itu terbakar 100 peratus dalam kejadian berkenaan dan kebakaran berjaya dikawal serta dipadam sepenuhnya pada jam 11.06 pagi.

Sementara TNB dalam satu kenyataan turut mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu yang berlaku ketika helikopter itu mendarat untuk mengisi minyak berdekatan tapak projek TNB di kawasan Bentong.

“TNB telah mengarahkan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang turut terlibat dalam kerja-kerja penyelenggaraan di tapak projek tersebut.

“Pasukan Bomba juga telah memadamkan kebakaran di lokasi kejadian. TNB akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan insiden ini. Kami merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa,” kata TNB.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata siasatan awal mendapati helikopter itu hilang kawalan selepas skid bergesel dengan tempat mendarat ketika melakukan pendaratan cemas.

“Helikopter berkenaan mendarat bagi tujuan mengisi minyak dan ketika di ketinggian 3 kaki, skid bergesel dengan muka bumi lalu terbalik,” katanya pada sidang media, hari ini.

Siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan (MOT) mengikut Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.