Agong jalani rawatan di luar negara
7 FEB : Istana Negara memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.
Sehubungan itu, Istana Negara dalam satu kenyataan meminta rakyat Malaysia mendoakan kesembuhan Sultan Ibrahim.
“KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.
“Seluruh rakyat diminta mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan segeran dan keafiatan berpanjangan,” kata kenyataan itu, hari ini.
Difahamkan, keberangkan baginda turut diiringi Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.
Menurut Istana Negara keberangkatan baginda itu sudah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.