nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Semangat pakai kain sarung perlu diterapkan : PM

8 FEB : Semangat dalam pemakaian kain sarung yang terkenal seantero alam Melayu perlu diterapkan dalam kalangan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia perlu dalam memperkukuhkan lagi persahabatan rakyat yang pelbagai kaum di negara ini.

“Sarung ini ada budaya dia, terkenal dengan seantero rantau Melayu ini. Ya, jadi kalau ada sarung pakai, tak ada, tak perlu. Yang penting semangatnya.

“Saya doakan semua selamat, negara selamat, rakyat selamat, ekonomi baik dan pendapatan juga naik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap ringkas sebelum melepaskan peserta peserta Acara Malaysia Sarong Music Run 2025 (MSMR 2025) yang berlangsung di Petronas Twin Towers, hari ini.

Anwar turut bersama-sama menyertai acara itu dengan berjalan kaki sejauh kira-kira tiga kilometer di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.

Melalui hantaran di Facebook sebentar tadi, Anwar melahirkan rasa gembira melihat penglibatan anak muda dalam acara itu.

“Gembira melihat ribuan anak muda yang berbangga memakai kain sarung, termasuk ada yang berbusana tradisional untuk bersama-sama mempromosi dan menjulang warisan seni budaya Malaysia.

“Ini selaras dengan gagasan MADANI yang menjadi teras pembangunan negara di bawah kerajaan hari ini yang menghargai dan memberi pertimbangan khusus terhadap kekayaan khazanah warisan negara,” katanya.

Beliau berharap acara seumpama itu dapat diluaskan dan menjadi wadah memperkukuh semangat persahabatan.

“Penghargaan tertinggi buat penganjuran acara hebat ini yang memberi ruang unik untuk memperagakan warisan budaya kita, selaras dengan Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Semoga acara seumpama ini dipercambahkan dan menjadi wadah untuk kita memperkukuh semangat persahabatan serta memupuk kecintaan antara rakyat berbilang kaum dan budaya,” katanya.

MSMR 2025 yang dianjurkan bagi mengangkat budaya, warisan dan gaya hidup aktif menerima penyertaan 10,500 orang daripada pelbagai kaum dan usia di mana majoriti daripada mereka mengenakan kain sarung dengan pelbagai gaya.

*Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Intipati utama MSMR 2025 adalah pemakaian kain sarung sebagai simbol perpaduan dan warisan di mana peserta mengenakan kain sarung tradisional yang mencerminkan identiti budaya Malaysia yang pelbagai namun tetap bersatu.

Program itu dianjurkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) bersama Malaysia Marathon sebagai penganjur bersama dan rakan teknikal, SCORE Sports Management.

Turut hadir, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.