nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sultan Selangor tidak setuju garis panduan hadir perayaan bukan Islam

8 FEB : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan pendirian tegas tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di negeri itu.

Istana Alam Shah dalam satu kenyataan menyebut Sultan Selangor berpandangan cadangan itu dibuat pada waktu yang tidak bersesuaian.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menzahirkan pendirian tegas baginda untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di negeri Selangor.

“Sebagai Ketua Agama Islam di negeri Selangor, baginda berpandangan cadangan garis panduan ini dibuat pada waktu yang tidak bersesuaian, pada ketika sekalian rakyat sedang giat mengeratkan amalan muhibah di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama demi mengukuhkan perpaduan nasional,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, kenyataan istana itu menyebut polemik yang tercetus daripada isu itu sedikit sebanyak menimbulkan keresahan kepada masyarakat dan pastinya akan menjejaskan keharmonian yang sudah sedia terjalin.

Menurut kenyataan Istana Alam Shah itu, baginda bertitah Islam menerusi Al-Quran dan Sunnah adalah garis panduan terbaik sejak zaman berzaman dan diperkuat dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah umat Islam di Malaysia.

“Justeru, isu terpesongnya akidah umat Islam susulan amalan berkenaan tidak timbul kerana Baginda percaya umat Islam kini tahu tentang batas-batas akidah serta tidak mudah terpengaruh dan bijak menilai baik buruk sesuatu tindakan.

“Baginda mengingatkan bahawa sebagai sebuah negara majmuk dengan rakyatnya menganuti pelbagai agama dan kepercayaan, toleransi dalam beragama seharusnya tidak dikompromi. Dalam masa sama, setiap rakyat perlu menghormati dan memperakui bahawa Islam adalah agama persekutuan sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Baginda menasihatkan umat Islam khususnya di Selangor agar sentiasa berusaha untuk terus memperkukuh akidah dan iman masing-masing dengan mendalami ilmu agama dan melakukan segala suruhan Allah SWT serta meninggalkan segala larangan-Nya.

“Titah Baginda, apabila setiap umat Islam mencapai tahap akidah yang teguh dan kesempurnaan iman hakiki, serta memantapkan keyakinan kepada Allah SWT maka kita semua tidak akan mudah terpesong atau terpengaruh dengan anasir-anasir luar,” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas meninjau situasi di kuil Batu Caves menjelang Thaipusam Selasa ini berkata, jemaah menteri dalam mesyuarat Kabinet pada sebelah pagi telah memutuskan tiada keperluan untuk mewujudkan garis panduan mengenai penglibatan orang Islam dalam sambutan perayaan agama lain.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kabinet memutuskan tiada keperluan mengeluarkan sebarang garis panduan untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.