nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Turkiye ganda perdagangan dengan Malaysia kepada AS$10 bilion

10 FEB : Turkiye bakal menggandakan nilai perdagangan dengan Malaysia kepada AS$10 bilion bagi tahun ini susulan sudah melepasi paras AS$5 bilion tahun lalu.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berkata ia mensasar beberapa sektor dan mahukan Malaysia bersama-sama meningkatkan usaha dalam sektor terlibat.

“Daripada teknologi semikonduktor kepada automotif, daripada teknologi pesawat kepada simulator awam (penerbangan), kami ingin meningkatkan usaha bersama dalam setiap sektor dan bergerak maju bersama dalam pelbagai bidang dengan Malaysia,” katanya.

Erdogan berkata langkah itu mencerminkan komitmen Turkiye untuk memperdalam hubungan ekonomi dengan Malaysia.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan syarahan umum di Pusat Konvensyen Antarabangsa PICC), Putrajaya, hari ini sempena lawatan rasminya ke Malaysia selama dua hari.

Mengulas lanjut, Erdogan berkata hubungan Turkiye dengan Malaysia sudah beralih kepada ‘perkongsian strategik’ pada 2014 dan seterusnya berkembang dengan inisiatif kerjasama konkrit.

Katanya, industri penerbangan Turkiye menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 100 jurutera muda Malaysia.

“Kita mempunyai kerjasama penting dalam pembinaan pesawat tanpa pemandu Anka-s (UAV),” katanya.

Sementara dalam soal pendidikan, Erdogan berkata Turkiye menubuhkan sekolah Turkish Maarif Foundation di Malaysia bagi mengukuhkan hubungan kedua negara untuk generasi akan datang.

“Kami telah membuat pelaburan besar dalam pendidikan. Kami telah membangunkan peluang yang besar, terutamanya dalam bidang pendidikan di Turkiye. Justeru saya ingin menjemput pelajar muda untuk memanfaatkan peluang pendidikan di negara kami,” katanya.

Sebelumnya, Universiti Malaya (UM) menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Antarabangsa UM kepada Erdogan bagi mengiktiraf sumbangan besar pemimpin itu dalam diplomasi global dan rundingan antarabangsa yang disampaikan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Canselor UM.

Pada majlis itu, Erdogan sempat melahirkan pengharapannya kepada Malaysia sepanjang kepengerusian ASEAN 2025 mampu memperkukuh kerjasama Turkiye dan ASEAN.

“Saya amat berharap penggal baharu (kepengerusian) di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini akan memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kerjasama antara negara kami dan ASEAN,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.