nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Palestin perlu diiktiraf sebagai ahli penuh PBB

11 FEB : Malaysia dan Turkiye sepakat untuk menekan soal kepentingan pengiktirafan kepada Palestin ahli penuh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesepakatan itu dicapai dalam pertemuannya dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, hari ini.

Katanya, mereka setuju bahawa pengiktirafan itu satu-satunya penyelesaian yang mampu menamatkan konflik yang sekian lama melanda Palestin dan Israel.

“Turkiye telah menunjukkan kepimpinan dan seperti mana yang kita tahu, mereka telah menghantar 100 kapal dengan peralatan dan bantuan kemanusiaan, sesuatu yang menakjubkan dan tidak dibuat oleh mana-mana negara lain seingat saya.

“Dan kami (Malaysia) sudah tentu akan meneruskan usaha kami dan menggunakan fasiliti sedia ada di Turkiye, selain Qatar dan Mesir ketika ini (untuk membantu Palestin). Tetapi seperti yang saya sebutkan kepada Presiden, kami sudah tentu akan menyokong inisiatif Jepun untuk menubuhkan dana bagi pembangunan semula Gaza,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Presiden Turkiye itu sempena lawatan rasmi dua hari Erdogan ke Malaysia.

Menurut Anwar, Malaysia dan Turkiye juga senada soal Gaza yang mana ia memerlukan kerjasama semua pihak dalam melancarkan urusan pembangunan semula kawasan yang musnah selain memudahkan penghantaraan bantuan kemanusiaan.

Dalam pada itu, Erdogan bekata, Turkiye menghargai ketegasan dan pendirian Malaysia terhadap nasib yang menimpa rakyat Palestin.

“Menurut pandangan kami, rampasan tanah serta pendudukan secara haram Israel akan berterusan. Kita sudah lihat sebelum ini bagaimana Israel tidak mematuhi perjanjian terbaharu gencatan senjata.

“Israel perlu menghentikan aktiviti pendudukan haramnya dengan segera di wilayah Palestin, dan membayar segala pampasan di atas kerosakan dan kehilangan nyawa yang berlaku.

“Berdasarkan perjanjian sempadan 1967, amat perlu bagi sebuah negara yang berdaulat, bebas dan mempunyai keunikan geografi seperti Palestin ditubuhkan,” katanya.

Pada sidang media sama, Anwar berkata Malaysia amat mengalu-alukan minat Turkiye untuk menjadi rakan dialog ASEAN secara rasmi.

“Saya telah berjumpa dan berbincang dengan Menteri Luar (Datuk Seri Mohamad Hasan), untuk pastikan kita angkat perkara ini kepada ketua-ketua negara ASEAN, bagi memastikan ada penyertaan yang mencukupi dan dilayan dengan adil.

“Seperti mana kita layan negara lain termasuk Kesatuan Eropah, Kanada, New Zealand dan Australia sebagai contoh, selain India, China, Jepun dan Korea. Jadi kita mahu tingkatkan penyertaan Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN dan ini akan menjadi keutamaan kami,” katanya.

Terdahulu, Anwar dan Erdogan mengetuai delegasi masing-masing dalam mesyuarat dua hala yang membincangkan pelbagai perkara termasuk berkait pelaburan.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.