nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Akta Perhimpunan Aman dipinda, hanya perlu maklum polis

13 FEB : Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) akan dipinda dan tiada tindakan akan dikenakan terhadap individu yang sedang disiasat bawah akta tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemungkinan pindaan itu akan dibuat pada persidangan Parlimen akan datang namun setakat ini akta itu digantung.

“Kerajaan setuju untuk meminda Akta Perhimpunan Aman bagi memudahkan dan membantu pelaksanaan apa-apa keputusan daripada badan atau kumpulan yang ingin mengadakan perhimpunan aman.

“Dengan ini, beberapa tindakan sebelum ini termasuk siasatan terhadap perhimpunan antirasuah, semua siasatan itu akan dihentikan dan tiada tindakan akan diambil. Begitu juga tentang mogok lapar dan bantahan…tunjuk perasaan oleh Sosma beberapa hari yang lalu juga tidak akan diambil tindakan.

“Walaupun pindaan undang-undang dilakukan mungkin dalam sesi akan datang, kita dah beri moratarium (penggantungan), maknanya polis tidak akan mengguna pakai undang-undang itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pertanyaan menteri bagi menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) di Dewan Rakyat, hari ini.

Poay Tiong meminta kerajaan menyatakan kesediaan meminda akta itu bagi memudahkan rakyat berhimpun secara aman tanpa perlu memohon kebenaran daripada pihak berkaian sebelum berhimpun.

Namun, kata Anwar undang-undang akan terpakai terhadap sebarang pelanggaran termasuk membawa senjata dan kanak-kanak ke perhimpunan.

“Syaratnya, hanya soal jenayah atau keselamatan. Itu dibezakan. Yang dibenarkan ialah perhimpunan aman. Maknanya undang-undang melibatkan umpamanya senjata dibawa, anak-anak kecil yang dilarang (sertai himpunan aman) itu tentu terpakai,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata penganjur tidak perlu lagi memohon kebenaran sebaliknya cukup memberi notis pemakluman kepada polis lima hari sebelum berhimpun.

“Ini bermakna keperluan mendapat kelulusan tempat yang disebut dalam beberapa perkara itu akan dipinda dan diketepikan. Disebut Seksyen 11 Akta 736 hendaklah memperoleh persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan yang menjadi pertikaian sekarang dan ini akan dikeluarkan daripada peraturan ditetapkan.

“Diperlukan hanya untuk pemberitahuan atau pemakluman polis, lima hari sebelum itu supaya polis dapat jaga keselamatan, kawalan dan lalu lintas kecuali melibatkan lokasi yang dianggap keselamatan seperti istana,” katanya.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.