nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Memorandum jemaah menteri untuk percepat pinda Akta Perhimpunan Aman

13 FEB : Satu memorandum jemaah menteri akan disediakan untuk mempercepatkan pindaan Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sesi libat urus juga akan dijalankan dengan pemegang taruh supaya pindaan itu dapat dibentangkan di Parlimen, tahun ini.

“Arahan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah (pindaan pada) sidang tahun ini. Justeru, saya perlu membuat memorandum jemaah menteri dan Ketua Setiausaha KDN bantu mendapatkan keputusan dasar.

“Apabila jemaah menteri sudah bersetuju, kami akan mengadakan libat urus dengan semua pemegang taruh, termasuk aktivis perhimpunan aman dan ahli Parlimen. Kemudian, kita akan bentangkan di Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Anugerah Inovasi Pendaftaran Negara (AIPN) 2024 di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan bersetuju untuk meminda Akta 736 itu dan tiada tindakan akan dikenakan terhadap individu yang sedang disiasat bawah akta tersebut.

Jelas Anwar penganjur tidak perlu lagi memohon kebenaran sebaliknya cukup memberi notis pemakluman kepada polis lima hari sebelum berhimpun.

“Ini bermakna keperluan mendapat kelulusan tempat yang disebut dalam beberapa perkara itu akan dipinda dan diketepikan. Disebut Seksyen 11 Akta 736 hendaklah memperoleh persetujuan pemunya atau penghuni tempat perhimpunan yang menjadi pertikaian sekarang dan ini akan dikeluarkan daripada peraturan ditetapkan.

“Diperlukan hanya untuk pemberitahuan atau pemakluman polis, lima hari sebelum itu supaya polis dapat jaga keselamatan, kawalan dan lalu lintas kecuali melibatkan lokasi yang dianggap keselamatan seperti istana,” katanya.

Akta itu digantung mulai hari ini dan polis tidak boleh menggunakan akta itu selepas ini.

Namun Anwar menegaskan, sebarang pelanggaran undang-undang seperti membawa senjata tajam atau kanak-kanak ke perhimpunan aman tetap tertakluk pada undang-undang.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata kerajaan tetap bersifat terbuka dan tidak menghalang mana-mana pihak menganjurkan perhimpunan aman.

“Pada 2023, polis menerima sebanyak 10,000 pemakluman untuk mengadakan perhimpunan aman. Tahun lalu, sebanyak 7,000 pemakluman berkenaan diterima pihak berkuasa.

“Daripada jumlah itu, antara 98 hingga 99 peratus dibenarkan. Hanya satu hingga dua peratus berdepan isu lokasi kerana tidak mendapat kebenaran pemilik premis, bukan kerana disekat kerajaan,” katanya.

Katanya, sepanjang tahun lalu, polis membuka 1,787 kertas siasatan berhubung perhimpunan dan hanya 30 daripadanya dikenakan tindakan mahkamah.

“Ini menunjukkan bilangan kertas siasatan yang berakhir dengan pertuduhan adalah rendah. Kerajaan MADANI sama sekali tidak menyekat perhimpunan aman.

“Silakan, tiada masalah. Biar statistik berbicara. Jadi dengan itu, Perdana Menteri kata lakukan pindaan, maka kami lakukan pindaan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.