nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

SOSMA akan dikaji semula susulan pindaan Akta Perhimpunan Aman

14 FEB : Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengkaji semula Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Kabinet, hari ini.

Katanya, semakan itu susulan pengumuman pindaan Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, semalam.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata jemaah menteri secara prinsip bersetuju penambahbaikan terhadap beberapa perkara dalam akta itu.

“Semalam, Perdana Menteri menyatakan mengenai Akta Perhimpunan Aman akan dipinda dengan beberapa perkara dipermudahkan dan dalam mesyuarat jemaah menteri hari ini, SOSMA juga akan diteliti dan disemak.

“Insya-Allah, Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail) akan tampil ke Parlimen untuk memberi kenyataan mengenai perkara ini tetapi secara prinsipnya, beberapa perkara sudah dibincangkan dan dipersetujui untuk ditambah baik atau menyemak semula SOSMA,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya, hari ini.

Katanya, perincian lanjut mengenai semakan akta itu akan dimaklumkan Saifuddin kelak.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata semakan terhadap SOSMA dicadangkan disebabkan beberapa perkara yang berlaku dalam tempoh terdekat ini serta usaha kerajaan untuk terus meneliti sebarang undang-undang yang perlu ditambah baik.

“Sudah pasti ia berkaitan dengan apa yang berlaku baru-baru ini dan pada masa sama kerajaan sememangnya meneliti undang-undang yang perlu atau boleh ditambah baik dan usaha itu akan dilakukan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.