14 FEB : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta PDRM sudah mengesan beberapa individu yang disyaki terlibat menyebarkan berita palsu berkait titah adendum pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268, baru-baru ini.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata dakwaan itu menyebut kononnya wujud undian 7-2 pada mesyuarat Majlis Raja-Raja.
“Saya ingin menyentuh satu dakwaan yang tular di media sosial kononnya dalam sidang Mesyuarat Majlis Raja-Raja, baru-baru ini ada undian dibuat di mana disebut angka 7-2.
“Hal ini satu mainan yang mana sejujurnya, tidak ada sebarang undian dilakukan dalam Majlis Raja-Raja, baru-baru ini.
“Maka MCMC dan PDRM sudah mengenal pasti sejumlah individu yang terlibat menularkan berita palsu yang memang bersifat 3R dan akan diambil tindakan terhadap mereka dan mana-mana pihak lain yang turut menularkan…menyebarkan berita palsu melibatkan MRR,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet, hari ini.
Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Fahmi jika ada sebarang pengundian pada mesyuarat itu, semua raja pemerintah perlu hadir.
Namun katanya, Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara Jumaat lalu bagi mendapatkan rawatan.
“Apa yang kita tahu sekiranya ada sebarang proses undian pun hanya raja pemerintah, raja berdaulat yang berhak untuk mengundi dalam sidang tersebut.
Daripada gambar dimuat baik dalam Facebook rasmi Sultan Ibrahim, kita boleh lihat di situ tuanku sendiri tidak hadir bermaksud tidak ada sembilan undian. Maka mana-mana pihak yang membuat berita palsu iaitu 7-2, ada 9 yang mengundi tapi tuanku tiada. Tuanku gering telah berangkat untuk mendapat rawatan di luar negara.
“Daripada gambar dimuat naik dalam Facebook rasmi Sultan Ibrahim mengenai (mesyuarat) Majlis Raja-Raja yang baru berlangsung, kita boleh lihat di situ bahawa tuanku sendiri tidak hadir, bermaksud tidak ada sembilan undian.
“Tuanku gering, tidak hadir dan pada Jumaat minggu lalu telah berangkat untuk menjalani rawatan kesihatan di luar negara,” katanya.