nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kes salah guna dadah meningkat, Kelantan paling tinggi

15 FEB : Penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan rekod menunjukkan peningkatan setiap tahun sejak 2022 dan Kelantan mencatat angka paling tinggi.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata hampir 200,000 individu terlibat penyalahgunaan dadah tahun lalu.

“Pada 2022 sebanyak 137,176 individu direkodkan terlibat dalam penyalahgunaan dadah, 145,526 individu pada 2023 manakala 192,857 pada tahun lepas.

“Sebanyak 61 peratus daripada jumlah penagih pula berusia lingkungan 15 hingga 39 tahun. Data ini dikumpulkan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan (KKM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta 55 pusat pemulihan swasta,” katanya.

Beliau berkata selepas merasmikan Program AADK Bersama Masyarakat dan Peluncuran Kalendar Hari Antidadah 2025 di Kolej Tingkatan Enam Kulim di Padang Serai, hari ini.

Menurut Saifuddin, Kelantan merupakan negeri tertinggi yang merekodkan penyalahgunaan dadah diikuti Terengganu, Perlis dan Kedah.

“Pendang, Kedah menjadi daerah yang mencatatkan kes penyalahgunaan dadah tertinggi diikuti Kuala Krai dan Bachok di Kelantan,” katanya.

Katanya lagi, dadah jenis Methamphetamine atau syabu dan amphetamine-type stimulants (ATS) merupakan dadah paling banyak disalahgunakan di mana ia meningkat 34.4 peratus.

Sementara dadah jenis ganja meningkat 63.4 peratus dengan 7,121 kes direkodkan.

“Trend ini menunjukkan ancaman serius dadah sintetik dan konvensional,” katanya.

Pelbagai langkah penguatkuasaan untuk mengekang penyeludupan dadah dilaksanakan termasuk kawalan sempadan lebih ketat di Sungai Golok, Kelantan.

Sementara itu, Saifuddin memaklumkan Jabatan Penjara sudah menetapkan tarikh bagi pegawai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) menyoal siasat seorang banduan berhubung kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping bulan lepas yang dipercayai akibat dipukul.

Katanya, jabatan itu memberi kerjasama penuh dalam siasatan kes itu namun ia perlu dilakukan secara berperingkat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.