nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

ASEAN : PM menghadap Sultan Brunei

18 FEB : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Bandar Seri Begawan, Brunei, hari ini.

Menurut Anwar, dalam pertemuan itu perbincangan terarah kepada Kepengerusian ASEAN 2025.

“Perbincangan kami tentunya terarah kepada Kepengerusian ASEAN 2025 dan peri pentingnya mendapat nasihat dan panduan Paduka Seri Baginda Sultan, selaku pemimpin paling senior yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas di kalangan pemimpin ASEAN lain.

“Antara disentuh adalah terkait situasi di Myanmar, yang mana walaupun negara itu terikat dengan Konsensus Lima Perkara, namun segala ikhtiar harus digerakkan untuk meneruskan proses penglibatan dengan semua pihak berkepentingan,” katanya melalui hantaran di Facebook, hari ini.

Turut serta dalam pertemuan itu, bekas Perdana Menteri Thailand yang juga Ketua Kumpulan Penasihat Tidak Rasmi Kepada Pengerusi ASEAN 2025, Thaksin Shinawatra.

Menurut Anwar, beberapa isu lain yang menjadi kebimbangan turut dibincangakn bagi mencari solusi terbaik.

“Kami juga menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan masalah yang berpunca daripada ekonomi atau pasaran gelap, didominasi oleh penyeludupan dadah, pemerdagangan manusia, serta penipuan dalam talian atau scam yang berleluasa.

“Kami turut membincangkan solusi terbaik untuk mencapai trajektori positif dalam usaha menyelesaikan krisis di Myanmar serta memastikan semua Menteri Luar negara ASEAN sentiasa dimaklumkan mengenai perkembangan ini,” katanya.

Kata Anwar, terdapat pandangan bahawa Sidang Kemuncak ASEAN-Amerika Syarikat (AS) yang dicadangkan selaras dengan Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN Januari lalu perlu segera dilaksanakan.

Menyentuh soal pertikaian di Laut China Selatan, Anwar berkata mereka bersetuju perlu ada kemajuan diplomatik yang lebih meluas secara multilateral dengan aspirasi agar rundingan mengenai Kod Tatalaku (CoC) dapat diselesaikan sesegera mungkin.

Tambahnya, fokus utama juga diberikan kepada cara terbaik untuk memperkukuh perdagangan intra-ASEAN dan mempertingkatkan kerjasama ekonomi termasuk keperluan untuk rangka kerja peraturan yang lebih mesra perniagaan dan berkesan.

“Pendekatan strategik dalam hal ini adalah untuk menggalakkan aliran modal yang lebih rancak serta merangsang pertumbuhan serantau yang lebih kukuh demi kemakmuran bersama,” katanya.

Sementara berkait mata wang kripto, Anwar berkata turut dibincangkan kepentingan membangun infrastruktur Blockchain yang betul serta memastikan kebolehcapaian digital sebagai prasyarat utama bagi pembangunan yang sihat dan progresif di rantau ini.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.