nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

JPA nafi tamat kontrak pegawai tiada SPM secara besar-besaran

18 FEB : Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menafikan dakwaan penamatan kontrak secara besar-besaran terhadap pegawai yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Melalui satu kenyataan, hari ini, JPA berkata pengurusan kontrak pegawai lantikan (CoS) adalah berdasarkan keperluan semasa perkhidmatan dan persetujuan kedua-dua pihak.

“Kelulusan CoS di bawah peruntukan OS29000 untuk tahun 2024 bagi kakitangan yang tidak memiliki SPM hanyalah 2,037 orang.

“Sehingga 13 Februari lepas, 108 permohonan daripada pelbagai agensi untuk kelonggaran syarat skim perkhidmatan bagi melantik semula pegawai kontrak yang tidak memiliki SPM susulan daripada pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA),” kata JPA.

Menurut JPA, 83 daripada 108 permohonan diluluskan sementara 25 permohonan tidak dapat dipertimbangkan kerana pegawai masih dalam tempoh kontrak atau lantikan sebelum ini yang didapati tidak teratur, sekali gus menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam menangani isu itu secara inklusif dan bertimbang rasa.

Dalam pada itu, JPA berkata pelaksanaan SSPA menetapkan 14 skim perkhidmatan yang sebelum ini menerima kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dinaik taraf kepada kelayakan masuk SPM.

“Namun, ini tidak bermakna pegawai awam yang sedang berkhidmat dengan kelayakan PMR atau PT3 perlu ditamatkan kontrak.

“Keputusan ini juga bertepatan dengan perubahan sistem pendidikan negara, yang tidak lagi melaksanakan peperiksaan PMR dan PT3. Dengan pemansuhan PMR dan PT3, SPM kini menjadi taraf pendidikan terendah yang melayakkan seseorang untuk memasuki perkhidmatan awam,” katanya.

Menurut data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam sehingga 31 Disember lalu, 302,284 individu memohon jawatan Pembantu Khidmat Am dan daripada jumlah berkenaan, 186,010 calon memiliki kelayakan SPM.

Kata JPA, kerajaan perlu memastikan keseimbangan antara memenuhi syarat kelayakan perkhidmatan dan memberi peluang kepada calon yang layak dalam mempertimbangkan pelantikan baharu.

Justeru itu, JPA bertegas dakwaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berkait penamatan kontrak 30,000 kakitangan itu tidak tepat kerana segala keputusan berkaitan pelantikan dan pengurusan kontrak dibuat dengan penuh pertimbangan berdasarkan keperluan perkhidmatan serta dasar kerajaan sedia ada.

“Kerajaan sentiasa terbuka untuk berbincang dengan semua pihak, termasuk Cuepacs bagi mencari penyelesaian terbaik yang adil kepada semua pihak terlibat. Keutamaan kerajaan adalah memastikan tenaga kerja dalam perkhidmatan awam diselaraskan dengan keperluan semasa, sambil memastikan kebajikan pegawai kontrak terus dijaga,” kata JPA lagi.

Khamis lalu, Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat memohon kerajaan agar mempertimbangkan keputusan untuk tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak tiada SPM.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.