nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Tidak berasas tuduh KWSP rugi beli saham MAHB : MOF

18 FEB : Kementerian Kewangan (MOF) membidas tuduhan tidak berasas yang mendakwa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian susulan pembelian saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Menurut kementerian itu, tawaran sukarela oleh Konsortium yang dianggotai KWSP untuk mengambil alih semua saham MAHB yang belum dimiliki pada harga RM11 setiap saham pula merupakan pelaburan baharu jangka panjang tabung simpanan persaraan itu.

“Semua aktiviti penjualan dilaksanakan dengan kelulusan jawatankuasa dalaman dan mematuhi rangka kerja. Tuduhan itu tidak berasas kerana KWSP mencatatkan pendapatan positif daripada aktiviti dagangan aktif serta pengumpulan dividen sepanjang pelaburannya dalam saham MAHB sejak 1999.

“Secara keseluruhan, sejak tahun 2014, jumlah pendapatan daripada saham MAHB telah mencapai nilai lebih daripada RM500 juta.

“Pelaburan ini bertujuan memastikan pulangan jangka panjang dengan mengambil kira sifat stabil aset infrastruktur yang mampu menjana aliran tunai secara konsisten serta potensi pertumbuhan berterusan dalam jumlah penumpang seperti yang dijangkakan. Strategi ini selari dengan objektif KWSP sebagai pelabur institusi yang mengutamakan pulangan mampan untuk kepentingan ahli,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiar di laman web Parlimen, hari ini.

MOF menjawab soalan Datuk Azman Nasrudin (PN-Padang Serai) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan sebab KWSP menjual pegangan saham dalam MAHB pada tahun 2023 pada harga RM5.40 – RM7.36 seunit dan kemudiannya membeli semula pada harga RM11.00 seunit.

Azman juga meminta MOF menyatakan jumlah kerugian keseluruhan yang ditanggung oleh dana persaraan rakyat akibat transaksi itu.

Mengulas lanjut, MOF menjelaskan terdapat perbezaan antara perdagangan MAHB saham dalam pasaran dan tawaran sukarela ke atas MAHB.

“Mengenai persoalan tentang harga RM11 bagi seunit saham, perlu diambil maklum bahawa terdapat perbezaan antara perdagangan MAHB saham dalam pasaran dan pelaksanaan tawaran sukarela (voluntary general offer) ke atas MAHB.

“Perdagangan saham termasuk saham MAHB, diuruskan pengurus dana saham tersenarai KWSP serta pengurus dana luar dan melibatkan pembelian dan penjualan saham pada harga pasaran yang berubah-ubah berdasarkan penawaran dan permintaan di Bursa Malaysia.

“Sebaliknya, tawaran sukarela oleh Konsortium yang dianggotai KWSP adalah dinilai dan dibuat pasukan yang berbeza sepenuhnya oleh pasukan pelaburan strategik,” kata kementerian itu lagi.

Jelasnya lagi, mandat kedua-dua pihak ini berbeza di mana objektif utama pengurus dana saham tersenarai KWSP adalah untuk menjana keuntungan bagi memastikan pembayaran dividen dapat diagihkan kepada ahli KWSP.

Manakala keputusan pelaburan yang dibuat pasukan pelaburan strategik mengambil kira aspek nilai ‘value creation’ dan objektif strategik serta pelaksanaan pelan penambahbaikan yang selaras dengan rancangan strategik jangka masa panjang untuk memastikan pulangan yang lebih besar dapat dihasilkan demi kepentingan ahli-ahli KWSP.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.