nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia-Bahrain teroka kerjasama baharu

19 FEB : Malaysia dan Bahrain meneroka kerjasama baharu dan menilai kembali tahap kemajuan hubungan dua hala melalui pertemuan kedua-dua pemimpin negara, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Putera Mahkota Bahrain yang juga Perdana Menteri, Sheikh Salman Hamad al-Khalifa di Istana Gudaibiya, Manama.

“Dalam pertemuan ini, kami dapat menilai tahap kemajuan hubungan dua hala antara Malaysia dan Bahrain selain berpeluang meneroka bentuk kerjasama baharu.

“Kerjasama ini meliputi beberapa bidang tumpuan antaranya pelaburan dan perdagangan, kewangan dan perbankan Islam, semikonduktor serta kesalinghubungan meliputi sektor pelancongan,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di Facebook rasminya, hari ini.

Anwar ke Bahrain dalam rangka lawatan rasmi sulungnya atas jemputan Sheikh Salman Hamad al-Khalifa.

Menurut Anwar, dalam pertemuan itu, mereka turut membahas soal Palestin yang katanya memerlukan kerjasama dan tekad menyeluruh.

“Kami juga menyentuh isu serantau terutamanya melibatkan situasi di Timur Tengah khususnya Palestin yang memerlukan kerjasama serta tekad yang menyeluruh untuk memastikan saudara Islam di sana dalam keadaan baik selain mendapat pembelaan sewajarnya.

“Ruangan sama turut saya gunakan untuk mengundang Putera Salman ke Malaysia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC+China,” katanya.

Beliau berharap hubungan Malaysia dan Bahrain terus diperkukuh sekali gus dapat menarik lebih banyak pelaburan demi kemajuan dan potensi ekonomi negara.

Anwar kemudiannya menyampaikan ucapan pada Persidangan Dialog Intra-Islamik (IIDC) yang dihadiri para ulama dan sarjana Islam dunia.

“Diberi penghormatan sebagai satu-satunya ketua negara bagi menyampaikan ucapan dan berkongsi pandangan bersama para ulama serta sarjana Islam di Persidangan Dialog Intra-Islamik (IIDC).

“Platform ini dimanfaatkan dalam menggesa agar kumpulan ini bersatu dalam menangani isu sektarianisme dengan mengambil tindakan konkrit mendukung Palestin dan Syria.

“Saya tegaskan bahawa eksploitasi sektarianisme digunakan sebagai senjata membakar ketegangan hanya akan memecahbelah masyarakat serta melemahkan kerjasama politik sekali gus menjauhkan kita dari kesatuan yang didambakan,” katanya.

*Foto : Facebook Anwar Ibrahim

Dalam pada itu, beliau berkata ucapannya itu senada dengan gesaan Imam Besar Al Azhar, Al Sharif Prof Dr Ahmed El-Tayyeb yang menggesa agar sarjana dan kepemimpinan dunia Islam untuk memimpin usaha memupuk perpaduan serta bertindak dengan kesedaran sebagai ummah yang bersatu selain menolak budaya fanatisme agama yang kian mengakar.

Dalam ucapan sama, Anwar menyentuh potensi Syria menjadi model bagi usaha perdamaian.

“Selain Palestin, saya juga sampaikan bahawa Syria berpotensi menjadi model bagi usaha perdamaian dan rujukan selain menggesa dunia Islam untuk sama-sama menyusun masa depan mereka.

“Tanda-tanda awal penyesuaian dan usaha membina keamanan di Syria bukan sahaja membawa harapan kepada rakyat Syria, tetapi juga peluang bagi seluruh ummah,” katanya.

Anwar dijadual menghadap Raja Bahrain, Sheikh Hamad Isa Al Khalifa esok.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.