nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

NADMA kaji agih bantuan dengan pindahan wang, elak birokrasi

19 FEB : Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan mengkaji pelaksanaan pembayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) secara pemindahan dana elektronik (EFT).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia bagi mengurangkan karenah birokrasi dalam agihan bantuan.

“NADMA sedang berusaha untuk menambahbaik serta mempermudahkan prosedur pemberian BWI kepada Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa bencana, bagi memastikan tiada halangan birokrasi dalam penyaluran bantuan tersebut dan meringankan beban yang ditanggung mangsa bencana.

“NADMA dalam proses mengkaji pelaksanaan pembayaran BWI melalui EFT dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi mengurangkan birokrasi dalam agihan bantuan.

“Inisiatif ini bertujuan untuk mempercepatkan proses penyaluran bantuan kepada mangsa bencana dengan memanfaatkan teknologi perbankan digital, seterusnya memastikan bantuan sampai dengan lebih efisien,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis menjawab soalan Datuk Willie Mongin (GPS- Puncak Borneo) mengenai jenis bantuan disediakan NADMA serta sama ada proses permohonan bantuan itu dapat dipermudahkan.

Ahmad Zahid berkata bagi kejadian bencana ketika musim Monsun Timur Laut (MTL) seperti banjir terdapat dua jenis bantuan bencana disediakan Kerajaan Persekutuan melalui peruntukan yang disalurkan NADMA ke semua negeri.

“Untuk pemberian BWI sebanyak RM1,000 untuk setiap KIR yang layak dan dan BWI kematian pula,sebanyak RM10,000 untuk waris kepada mangsa yang meninggal dunia.

“Sebelum agihan BWI dilaksanakan, senarai KIR yang terjejas akibat bencana akan disemak dan disahkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) sebelum diperakukan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

“Pengagihan BWI kepada KIR akan dilaksanakan oleh Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri berdasarkan senarai nama yang diperakukan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.