nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Keadaan Agong bertambah baik : PM

20 FEB : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertambah baik selepas menjalani rawatan berbanding sebelum ini.

Beliau sempat bertemu dengan Sultan Ibrahim di Bahrain ketika lawatan sulungnya ke negara itu.

“Alhamdulillah saya diperkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong dua kali dan Alhamdulilah rawatan di peringkat awal itu nampak berhasil walaupun harus dipantau.

“Kesihatan baginda jauh lebih baik dan oleh itu sebelum meneruskan rawatan berikutnya baginda putuskan untuk pulang (ke tanah air) dahulu, insya-Allah meneruskan rawatan jika perlu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengakhiri lawatan rasminya di Bahrain, hari ini.

Baginda sebelum ini dilaporkan selamat menerima rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’ (otot dan tulang) dan dijangka pulang ke tanah air, esok.

Menurut kenyataan Istana Negara, kesakitan dialami baginda susulan latihan ketenteraan intensif dan gaya hidup aktif Sultan Ibrahim yang gemar bersukan sewaktu muda terutamanya bermain polo.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata pelantikan Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) yang baharu sudah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Ya, tetapi seperti mana yang saudara tahu, sehingga hal ini disahkan, kita akan umumkan,” katanya.

Duta Malaysia ke AS, Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini mengesahkan tempoh perkhidmatannya selama dua tahun sudah berakhir.

Terdahulu, Anwar menghadap Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al Khalifa di Istana Sakhir.

Perkara itu dikongsi melalui hantaran di Facebook, hari ini.

“Saya menzahirkan penghargaan kepada Baginda atas layanan yang cukup baik oleh Kerajaan Bahrain kepada delegasi Malaysia sepanjang lawatan rasmi ini.

“Sesi menghadap ini menjadi wadah untuk terus memperteguh hubungan akrab antara kedua-dua negara menerusi pelbagai bidang yang menjadi kepentingan bersama khususnya pelaburan dan perdagangan,” katanya.

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa hubungan baik Sultan Ibrahim dengan Raja Hamad akan memainkan peranan besar kepada pengukuhan kerjasama kedua-dua negara sekali gus membawa kemakmuran yang lebih besar kepada rakyat.

“Visi dan kebijaksanaan Baginda dalam memimpin pertumbuhan Bahrain menjadi inspirasi buat saya untuk terus bekerja keras memacu Malaysia ke arah kebaikan dari segenap aspek.

“Semoga Allah SWT memberkati Raja Hamad serta seluruh rakyat Bahrain dan mudah-mudahan hubungan kedua-dua negara akan terus dipertingkat, insya-ALLAH,” katanya.

*Foto: Facebook Anwar Ibrahim

Get real time updates directly on you device, subscribe now.