nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Menteri nafi KWSP rugi jual saham MAHB

20 FEB : Kerajaan sekali lagi menolak dakwaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian susulan penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata saham MAHB yang dijual antara RM6.80 dan RM7.70 seunit itu menghasilkan pendapatan RM102 juta untuk agihan dividen bagi tahun kewangan 2023.

Katanya, prestasi saham MAHB yang mengatasi Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

“Berdasarkan kenyataan ini (KWSP keluarkan 12 Februari lalu), jelas KWSP mencatatkan keuntungan daripada penjualan beli saham MAHB dan berjaya merekodkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM63.48 bilion bagi penyata kewangan berakhir 31 Disember 2023,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini bagi menjawab soalan Chong Zhemin (PH-Kampar) yang ingin mengetahui jumlah keuntungan atau kerugian dialami KWSP dalam transaksi pembelian sertta penjualan saham MAHB dan bagaimana ia dilaporkan dalam penyata kewangan KWSP.

Mengulas lanjut, Amir Hamzah berkata, tabung simpanan persaraan itu juga sudah mengisytihar dividen 5.5 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.4 peratus bagi Simpanan Shariah pada 2023.

“Secara keseluruhan, sejak 2014, jumlah pendapatan daripada dagangan aktif dan pengumpulan dividen saham MAHB telah mencapai nilai RM650 juta,” katanya.

Mengulas tentang aktiviti jual beli saham MAHB dan penswastaan MAHB yang baru dimuktamadkan tahun ini, Amir Hamzah berkata ia merupakan dua pelaburan yang berbeza dari segi matlamat pelaburan dan jabatan yang bertanggungjawab menguruskan pelaburan berkenaan.

Katanya, sehingga pengumuman Tawaran Sukarela (VGO) pada 15 Mei 2024 di Bursa Malaysia, aktiviti dagangan saham MAHB oleh pengurus dana saham tersenarai berjalan mengikut mandatnya untuk menjana pulangan untuk ahli-ahli KWSP.

Menurutnya lagi, KWSP mengamalkan proses tadbir urus yang tegas melalui protokol perintang maklumat atau dikenali sebagai ‘Chinese wall’ yang merupakan amalan piawaian standard dalam kalangan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan institusi kewangan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.