nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Buang masa Dewan Rakyat dengan soalan tidak relevan

21 FEB : Soalan daripada isu yang sama terus dibangkit berulang kali serta mengemukakan soalan yang tidak relevan disifatkan hanya membuang masa berharga Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata beliau tiada sebarang masalah jika soalan dikemukan ahli Parlimen itu relevan atau mengikut peraturan mesyuarat.

“Saya tegas jika mereka membuang masa Dewan (Rakyat). Tiada masalah jika mereka mengemukakan soalan yang relevan atau mengikut peraturan mesyuarat.

“Saya tidak boleh bertindak luar daripada peraturan mesyuarat walaupun saya Speaker dan mempunyai kuasa mutlak, tetapi saya juga harus ada peraturan yang saya kena ikut. Saya ada Perlembagaan, ada peraturan, tidak boleh buat ikut suka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri sesi dialog bersama pelatih Program Latihan Khidmat Negara 3.0 di Kem Rejimen 515 Askar Wataniah, hari ini.

Mengulas lanjut, Johari berkata isu yang sudah kerap dibincangkan tidak sepatutnya dibangkitkan lagi.

Tegas Johari, sebagai ahli Parlimen, mereka sepatutnya tidak bermain politik di dalam Dewan Rakyat yang harus digunakan untuk membincangkan hal negara dan rakyat.

“Jika anda terus melakukannya, apa yang anda harapkan? Saya tidak mahu mereka bermain politik.

“Saya kata jika mereka mahu bermain politik, mereka sepatutnya melakukannya di luar, gunakan YouTube atau mana-mana platform lain yang tersedia.

“Jangan gunakan Dewan Rakyat sebagai tempat bermain politik. Masa persidangan Parlimen seharusnya digunakan untuk membincangkan hal-hal berkaitan negara dan rakyat,” katanya.

Katanya, persidangan Dewan Rakyat itu mempunyai agenda yang perlu dilaksana setiap hari namun jika terpaksa melayan soalan-soalan tidak relevan, sesi itu mungkin hanya akan selesai pada jam 1 pagi.

“Kalau kita melayan soalan-soalan berbaur politik, kita berisiko menyelesaikan persidangan pada tengah malam atau 1 pagi..ini tidak boleh.

“Saya menetapkan persidangan mesti tamat selewat-lewatnya jam 8.30 malam. Saya pernah bertugas sehingga 5 pagi sebelum ini dan ia tidak produktif.

“Saya mahu 8.30 malam, balik tapi untuk berlaku adil, jangan tanya soalan-soalan yang saya rasa tidak relevan. Jadi bila saya ambil tindakan, jangan marah saya pula,” katanya.

Sementara itu, menyentuh tentang PLKN 3.0, beliau berkata ia mampu mencapai aspirasinya dalam melahirkan pemimpin muda berwibawa.

Katanya, pelatih dalam siri pertama program itu mempamerkan keyakinan tinggi sekali gus menunjukkan program tersebut berada pada landasan yang tepat.

Johari berkata, ia memberi keyakinan tentang keperluan pelaksanaan PLKN 3.0 fasa kedua di seluruh negara, tahun hadapan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.