26 FEB : Presiden Yoon Suk Yeol mempertahan keputusannya mengisytihar undang-undang tentera di Korea Selatan, tahun lalu.
Beliau yang digantung tugas mendakwa keputusan itu dibuat susulan republik berkenaan berdepan ‘krisis kewujudan’ iaitu ancaman terhadap keselamatan dan kedaulatan negara.
Tahun lalu, Parlimen Korea Selatan menyingkirkan Suk Yeol daripada kedudukannya selepas beliau mengisytihar undang-undang tentera yang mencetus krisis politik.
Suk Yeol kini berdepan prosiding di Mahkamah Perlembagaan untuk mengesahkan pemecatannya secara rasmi.
“Keputusan ini tidak pernah dibuat demi kepentingan peribadi saya,” kata Suk Yeol kepada mahkamah.
Pengisytiharan darurat tentera itu kali pertama diumumkan dalam tempoh lebih empat dekad negara itu.
Ahli Parlimen menolak dekri tersebut yang menyebabkan Suk Yeol terpaksa menarik balik pengisytiharan berkenaan.
Malah pada hujung tahun lalu, Suk Yeol memohon maaf atas keputusannya itu.