nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Cabaran besar Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN

27 FEB : Malaysia berdepan pelbagai cabaran besar global ketika menggalas tugas penting sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.

Ini termasuk cabaran Trump 2.0, ketegangan geopolitik dan geoekonomi; peperangan dan konflik berterusan; peningkatan pelbagai pertentangan serta perubahan iklim.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata negara anggota perlu merangka trajektori ekonomi ASEAN dan lebih berhati-hati ketika mengharungi orde dunia yang sedang berubah untuk mengatasi cabaran operasi yang besar.

Justeru itu katanya, Permukiman Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31 yang dijadualkan esok merupakan platform penting untuk memupuk kerjasama dan dialog antara menteri ASEAN.

“Di sebalik keadaan yang mencabar ini, Malaysia sebagai pengerusi telah mencadangkan set Keberhasilan Ekonomi Berkeutamaan (PED) yang dirangka dengan teliti.

“Kami berharap dapat menerima sokongan daripada semua negara semasa permukiman menteri esok,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pembukaan pada majlis makan malam alu-aluan Permukiman AEM ke-31 di Pusat Persidangan Desaru Coast, Kota Tinggi, hari ini.

Katanya, negara anggota ASEAN perlu bersatu bagi menerajui usaha bagi mencipta peluang pertumbuhan lebih besar untuk rantau ini.

“Penting untuk bekerjasama rapat supaya kita dapat mengubah semua kekangan ini menjadi peluang untuk kemakmuran inklusif dan mampan di semua negara ASEAN.

“PED mencerminkan keazaman kita untuk bersama-sama membangunkan strategi berkesan yang dapat memanfaatkan kelebihan unik setiap negara anggota demi kebaikan bersama ASEAN,” katanya.

Menurut Tengku Zafrul, ASEAN mempunyai daya rundingan yang lebih baik dengan rakan dagang dan rakan pelaburan bagi merangsang inovasi serta membangun kapasiti negara anggotanya.

“Ini merupakan instrumen penting untuk mewujudkan rangka kerja ekonomi yang mampan dan berdaya tahan.

“Ini juga akan membolehkan kita menyelesaikan isu semasa, mempersiapkan ASEAN untuk cabaran dan peluang masa depan, serta meletakkan blok ini sebagai peserta yang boleh dipercayai dan dinamik dalam ekonomi global,” katanya.

Tengku Zafrul dijadual mempengerusikan permukiman esok dengan para menteri yang dijangka membincangkan 18 PED bagi memperkukuh integrasi ekonomi serantau, meningkatkan keterangkuman, memperkasakan kemampanan dan merangsang perdagangan digital di rantau ASEAN.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.