nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Anwar hargai pemimpin parti dalam kerajaan

1 MAC :  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menzahirkan penghargaan terhadap barisan kepemimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang masih kukuh mempertahankan kerajaan dan menyumbang kepada kestabilan sehingga hari ini.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata kesemua pemimpin parti yang ada menunjukkan komitmen tinggi dan tidak mengendahkan sebarang cubaan merosakkan kerukunan yang ada.

Katanya, UMNO terutamanya terpaksa mengharungi cabaran yang jauh lebih rumit dan pengkhianatan yang besar.

“Kita harus hargai sokongan rakan-rakan kita terutamanya UMNO diterajui Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta GPS dan GRS yang langsung tidak melayan segala cubaan merosakkan kerukunan yang ada.

“Apa yang diharungi rakan-rakan kita khususnya UMNO jauh lebih rumit. Mereka melalui episod yang amat pedih dengan kekalahan (dalam pilihan raya) dan pengkhianatan yang jauh lebih besar dan mencabar daripada yang kita lalui,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, Wanita, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor di Shah Alam, malam tadi.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Presiden PKR menggesa semua ahli dan kepimpinan PKR menghargai kerjasama, semangat serta muafakat yang ditunjukkan kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan.

Menyentuh soal pemilihan parti yang dijangka berlangsung Mei depan, Anwar mengingatkan agar kepimpinan setiap Cabang PKR tidak harus didominasi kaum tertentu.

Jelasnya, ia selaras dengan asas PKR yang mementingkan inklusiviti dalam pentadbirannya supaya tidak lari daripada semangat Perlembagaan.

“Saya minta rakan-rakan di semua peringkat harus faham, pastikan penyertaan semua, ada cabang mungkin 20 peratus Cina dan 10 peratus India tapi ada juga cabang yang langsung tiada Cina atau India.

“Jadi ini harus difikirkan dalam pemilihan supaya ia tak lari dengan semangat Perlembagaan,” katanya.

Selain itu, beliau sempat menggingatkan bakal calon bertanding agar tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan jawatan yang diperoleh dalam kerajaan.

*Foto: Facebook Amirudin Shari

Get real time updates directly on you device, subscribe now.