1 MAC : Umat Islam diseru agar memperbaiki ibadah dan menjauhkan diri daripada fitnah serta menyebarkan berita palsu.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil membuat seruan itu sempena ketibaan Ramadan hari ini di mana umat Islam akan mula berpuasa esok.
“Selamat menunaikan ibadah puasa buat seluruh umat Islam. Semoga Allah SWT kurniakan kekuatan dan kesabaran kepada kita semua agar segala ibadah dapat dilaksanakan dengan sempurna dan diterima-Nya.
“Sama-samalah kita perbaiki amal ibadah dan jauhkan diri daripada segala bentuk fitnah dan penyebaran berita palsu.
“Semoga Ramadan kali ini ditempuhi dengan penuh barakah dan kedamaian,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di Facebook, malam ini.
Semalam, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengisytiharkan 1 Ramadan jatuh pada tarikh 2 Mac bersamaan hari Ahad.
*OLEH : HANUM RAJAK