nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Puasa bukan sekadar menahan lapar, dahaga : PM

1 MAC : Ibadah puasa bukan sekadar untuk menahan nafsu lapar dan dahaga namun apa yang lebih utama adalah menunduk keangkuhan, menyanggah kezaliman dan penindasan serta meredam ketamakan.

Demikian peringatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim buat seluruh rakyat Malaysia yang bakal menjalani ibadah puasa mulai esok.

Kata Anwar, ibadah puasa itu merupakan latihan agar kita tunduk bukan saja kepada syariat Allah namun juga hakikat sebagai makluk yang lemah.

“Falsafah tertinggi Ramadan menuntut setiap jiwa kaum Muslimin untuk melihat melampaui zahir serta menyelami ruh dan batin. Puasa tidak sekadar menahan nafsu lapar dan dahaga tetapi apa yang utama adalah menunduk keangkuhan, menyanggah kezaliman dan penindasan serta meredam ketamakan.

“Ia adalah latihan ketundukan, tidak hanya kepada syariat Allah SWT tetapi kepada hakikat bahawa kita makhluk yang lemah dan Tuhan itu Maha Segala.

“Ramadan adalah madrasah tarbiah ruhiyah di mana setiap insan dididik, diuji dan dimurnikan selain menjadi tonggak penting dalam membina serta membentuk kekuatan dalaman umat,” katanya melalui hantaran di Facebook, malam ini.

Justeru itu beliau mengajak umat Islam menyucikan hati daripada kebencian dan membersihkan akal agar terbentuk insan yang lebih dekat kepada Tuhan.

“Di saat dunia dirempuh kegelisahan materialisme dan kehampaan spiritual, cahaya Ramadan hadir sebagai penyuluh yang menerangi hati dan akal.

“Lantas, mari bersama kita menyucikan hati dari kebencian dan membersihkan akal agar terbentuk insan yang lebih adil, lebih kuat ihsannya, lebih dekat kepada Tuhan serta sesama insan,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan umat Islam agar tidak lupa untuk menjauhi pembaziran dan berusaha untuk kembali kepada Allah SWT serta memohon keampunanNya dalam setiap sujud aga beroleh berkah juga kesejahteraan.

“Saya mendoakan kepada seluruh umat Islam di Malaysia agar diberikan kekuatan amal dan keyakinan taqwa dalam menghayati ibadah di bulan Ramadan al-Mubarak kali ini,” katanya.

Menurut Anwar, Ramadan juga bulan penting dalam mengangkat dimensi sosial dan kemanusiaan dalam memupuk rasa prihatin kepada masyarakat yang kurang bernasib baik.

“Sewaktu kita mempunyai kesempatan beribadah, ada saudara kita yang masih berlindung di bawah runtuhan batu dan terus menjadi mangsa peluru tidak bermata,” katanya.

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.