nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Isu 3R: Tiada pilih kasih, bergantung proses siasatan

6 MAC : Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan wujud isu pilih kasi atau ‘double standard’ terhadap siasatan kes 3R (agama, kaum, raja) sebaliknya ia bergantung kepada proses siasatan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata dalam isu ini tidak sepatutnya wujud perbandingan bagi setiap kes.

“Tidak timbullah (pilih bulu)…saya pun sebenarnya tidak begitu terdorong untuk mengulas isu-isu macam ini yang muncul saban hari.

“Saya cuma boleh menasihati bahawa kalau selama kita nak bercakap tentang satu saja segmen iaitu 3R, maka masing-masing pihak akan mulakan dengan perbandingan. Mulakan dengan pertuduhan mulakan dengan sangkaan segala macam…ia tidak membawa kebaikan apa pun kepada negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau kilang memproses sisa elektronik (e-waste) haram di Telok Panglima Garang, hari ini.

Jelasnya, setiap kes bergantung kepada siasatan yang dijalankan polis dan sekiranya ada bukti kukuh ia akan dibawa ke peringkat selanjutnya.

“Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) diwujudkan khusus untuk aduan 3R. Mereka cuma ada seminggu untuk menyelesaikan (siasatan) sebelum serah kertas siasatan yang lengkap kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

“Jadi apa saja yang masuk jalur itu, disiasatlah ya. Jadi kalau siasatan itu berakhir dengan bukti yang kukuh, DPP membuat keputusan untuk bawa ke mahkamah.

“…dan kadang-kadang siasatan itu lengkap tapi DPP memilih untuk tidak membawa ke pertuduhan. Itu di luar bidang kuasa polis. Jadi pada masyarakat (mereka) melihat oh yang ini cepat, yang ini tak ada tindakan. Itu pandangan masyarakat,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meminta penjelasan pihak berkuasa perkembangan siasatan kes menghina agama Islam melibatkan pelakon dan pelawak, Harith Iskander dan pesara jururawat, Cecilia Yap Song.

Ia susulan kes mempersenda agama Hindu melibatkan penyampai radio Era FM yang terus disiasat dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan akan kertas siasatan dihantar ke DPP, hari ini.

Tiga penyampai radio bagi program 3 Pagi Era membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia atas video kontroversi yang mempersenda tarian kavadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi peringatan kepada semua rakyat Malaysia agar menghentikan budaya mengina agama atau kaum di negara ini.

Beliau juga menepis cubaan sesetengah pihak yang menanam persepsi kononnya kerajaan pilih kasih dalam bertindak terhadap individu yang menghina agama Islam.

*Foto: Facebook Kementerian Dalam Negeri (KDN)

*OLEH : HANUM RAJAK

Get real time updates directly on you device, subscribe now.