7 MAC : Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol dibebaskan, hari ini selepas mahkamah menerima permohonan untuk membatalkan penahanannya bagi kes pengisytiharan darurat tentera.
Suk Yeol kini boleh dibicarakan tanpa perlu ditahan.
Sejak 15 Januri lalu, presiden yang digantung itu ditahan di pusat tahanan dekat Uiwang, selatan Seoul.
Mahkamah Daerah Pusat Seoul mengumumkan keputusan itu kira-kira sebulan selepas pasukan pembelaannya mengemukakan permohonan pembatalan penahanan, lapor agensi berita Yonhap.
Suk Yeol didakwa menghasut pemeberontakan susulan keputusannya menguat kuasakan undang-undang tentera pada 3 Disember, tahun lalu.
Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan memfailkan pendakwaan terhadap SUk Yeol di luar had masa yang ditetapkan.